MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Monday, May 11, 2009

BAB YANG KEDUA: DASAR DAN SERUAN

Fasal 3. Dasar
Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 4. Seruan
Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

21 comments:

  1. saya secara pribadi amatlah bersetuju dengan dasar yang dibuat oleh PAS...namun saya tidak yakin dengan sepenuhnya hasrat ini akan tercapai melalui kerjasama bersama DAP..PKR

    DAP yang kita tahu menolak ISLAM sebagai Agama Rasmi...DAP juga menolak pelaksanaan HUKUM HUDUD yang akan dilaksanakan OLEH PAS bila dapat memerintah Malaysia...bagaimanakah kita nak percaya bahawa PAS dengan kerjasam PR dapat membentuk sebuah negara ISLAM sepertimana yang dilakukan Oleh RASULULLAH S.A.W di Madinah?..

    perkara pertama yang perlu dilakukan adalah meminda perlembagaan Malaysia...ini memerlukan Undi 2/3 dlm dewan rakyat..adakah DAP dan PKR akan bersetuju...pada saya tak mungkin hasrat ini akan dicapai...Karpal Singh pernah berkata "Langkah Mayat saya dulu sebelum laksana HUKUM ISLAM khususnya HUDUD..begitu juga dengan LIM KIT SIANG..

    hari ini kita dapat lihat PAS berjaya Menarik DAP untuk bekerjasama dengan ISLAM

    walaubagaimanapun......

    1. Apabila PAS bersatu dengan DAP maka tuntutan PAS untuk Laksana HUKUM HUDUD terpaksa diketepikan....

    2. Perarakan Maulidurasul pula dikatakan tiada manfaat...PAS pun tahu ia dah dilakukan sejak berzaman lagi...tiada yang membantah bahawa ianya sia-sia

    3. atas dasar kerjasama ini juga tuntutan menubuhkan kerajaan ISLAM sepenuhnya dilupakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyataan karpal singh tu 30 tahun dulu, skang sejak bekerjasama dgn PAS die ade phm sket2, smp kenyataan die yg terbaru die sebut islam tetap agama rasmi Malaysia. skang sudah ada buku jingga, semeua persetujuan dah ditandatangani ketiga-tiga pemimpin pakatan rakyat, PKR juga org islam, dlm DAP pulak yg xsetuju hanya Karpal dan Lim kit seang sj.itu pon mereka dah faham sikit2 sejak bkerjasama.
      Perakan Maulud nabi yg ko sebokkan bt ape? Nabi xbuat pon perarakan tu, para sahabat nabi pon xpenah bt semua tu, nabi hanya pesan perbanyakkan selawat keatasnya.ko nk berarak bagai tp sunnah nabi pon xikot bt ape. sertai perjuangan islam adalah sunnah nabi yg paling besar skali.
      Kita dalam PAS xpernah melupakan utk menubuhkan kerajaan islam andai PAS memerintah satu hari nnt. kerjasama yg dibuat oleh PAS adalah selari dgn gerakan islam diseluruh dunia. Ikhwanul muslimin di mesir juga menggunakan konsep yg sama iaitu tahaluf, dlm ikhwan ade juga parti bukan islam, come on la, gerakan islam diseluruh dunia is connected. sentiasa update dgn isu semasa.sape yg xduduk dlm gerakan islam mmg xkn faham bnda2 ni. tapi kritik mmg pandai...

      Delete
  2. alhamdulilah...syukur pd Allah kita dlm pas ada penyokong yg tak buta tuli ikut je org ats buat...ini kerana sehebat mana pun org tu ..tinggi ilmu agamanya ..belajar ke hulu ke hilir..pakistan,india,mesir dan sebagainya tak semestinya dia seorang yg btul2 syg utk memperjuangkan islam kerana jelas dlm alquran ada dlm klgn umt islam sifatnya sifat munafiq....sy sblm ini sgt kuat menyokong pas TAPI masalahnya ialah
    yang pertama pas selalu kata nak tubuh negara islam TETAPI takde pun dlm perlembagaan pas sendiri...
    yang kedua pas kata kne pgang kerajaan pusat dlu baru boleh lksana hudud dan mungkin negara islam TAPI adakah pas da tau PKR SETUJU dgn tindakan pas nk buat negara islam(kononnya)@hudud...
    yang ketiga kita semua boleh baca laman web pas ulangi auta negara islam...nmpk sgt jwpan pimpinan pas bercanggah dan kelam kabut bila timbul isu negara islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

      (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

      (2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

      2.Mestilah kena pegang kerajaan pusat dulu, mestilah kena ade kuasa memerintah baru boleh laksanakan hudud, kalo xda kuasa cmna nk laksanakan? boleh ke pergi kt kampung2, kt masjid2 ckp nk laksanakan hudud tapi tak memerintah negara? negara kita negara demokrasi, nak berkuasa mesti kna dptkan undi majoriti, so bile dah berkuasa senang la kita nk jalankan Hukum2 islam.ape la itu pon xleh pikir ke?

      3. berkenaan negara islam, Strategi berubah dasar tetap islam, PAS sudah mengkaji ape pendekatan yg paling baik utk masyarakat islam mahupun bukan islam memahami islam. Bila kita melaungkan Negara Islam maka ramai masyarakat khususnya org2 bukan islam xboleh menerima perkataan ini disebabkan Islam yg difahami oleh mereka ialah potong tangan, kena sunat dan sbgnya maka pendekatan yg lebih mesra digunakan bagi mendekati pengundi2 bukan islam dan disebabkan itu Negara Berkebajikan di laungkan tetapi islam tetap dasar yg utama. kebajikan juga adalah nilai-nilai dalam islam maka secara perlahan kita ajar mereka apa itu islam sebenarnya. dan saya nak tanya, anda kata anda pernah menjadi penyokong kuat PAS, anda sedar x yg anda telah keluar dari jemaah dan mengkhianati jemaah, maka tunggulah azab Allah utk org2 yg meninggalkan jemaah islam.

      Delete
  3. tambahan utk masalah kedua:

    yang kedua pas kata kne pgang kerajaan pusat dlu baru boleh lksana hudud dan mungkin negara islam TAPI adakah pas da tau PKR SETUJU dgn tindakan pas nk buat negara islam(kononnya)@hudud...


    pas mesti dpt 2/3 majoriti dlm parlimen...maknanya persetujuan dari YB pkr SGT DIPERLUKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. org2 PKR bukan org melayu islam ke? kenapa nk tgu PKR, UMNO pon melayu islam, bila PAS nk laksanakan islam maka wajib bagi die yg islam kena sokong!!! kalo die xsokong maka adakah die bukan org2 islam?

      Delete
  4. Bagaiman air dapat bercampur dengan minyak?, Kita perlu Faham Realitinya..Realitinya seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa kami ahli2 PAS akan berbondong2 masuk UMNO jika UMNO menggubal Dasarnya dari Kebangsaan kepada Islam..Bagaimana kita nak perjuang Islam jika Dasarnya ialah Kebangsaan?Sayyiduna Rasulullah S.A.W berjuang bukan atas nama Bangsa Quraisy tetapi Atas Nama Islam..Fikirkanlah Sahabat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIKE! ana setuju pendapat anta! Takbir!

      Delete
    2. Orang Quraisy pada zaman datangnya Islam adalah semua kafir. Manakala, zaman Tanah Melayu merdeka dan zaman tertutbuhnya Malaysia, semua orang Melayu adalah Islam. Sebab itulah, berjuang untuk Melayu bermaksud berjuang untuk Islam, dan berjuang untuk Islam bermaksud berjuang untuk Melayu.

      Delete
  5. Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

    Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

    Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

    ReplyDelete
  6. PAS tidak mengira berjaya atau tidak kemenagan islam kerana kemenangan Islam sudah dijamin oleh Allah S.W.T ,

    PAS hanya berusaha sama seperti kisah burung diatas , jika anda tidak mahu berusaha maka janganlah menjadi cicak terbang diatas

    ReplyDelete
  7. Sekarang selepas muktamar , PAS menuju agenda Negara Kebajikan kata Hj Hadi ,mana perginya konsep 'Daulah Islamiyyah' ataupun Negara Islam yang dilaung-laungkan PAS??Jangan menggadai prinsip asal disebabkan ingin menjaga hati rakan dalam pakatan rakyat yang sememangnya menolak negara islam seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strategi berubah... dasar tetap islam... bukan jaga hati rakan tapi PAS sudah mengkaji ape pendekatan yg paling baik utk masyarakat islam mahupun bukan islam memahami islam. Bila kita melaungkan Negara Islam maka ramai masyarakat khususnya org2 bukan islam xboleh menerima perkataan ini disebabkan Islam yg difahami oleh mereka ialah potong tangan, kena sunat dan sbgnya maka pendekatan yg lebih mesra digunakan bagi mendekati pengundi2 bukan islam dan disebabkan itu Negara Berkebajikan di laungkan tetapi islam tetap dasar yg utama. kebajikan juga adalah nilai-nilai dalam islam maka secara perlahan kita ajar mereka apa itu islam sebenarnya...

      Delete
  8. negara berkebajikan tu ikut konsep daulah islamyiiah la...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Kalau semua yg mempertikaikan perjuangan Pas bersama dgn PKR n DAP dlm Pakatan Rakyat..dulu pun anda tidak menyokong perjuangan Islam yg Pas bawak. Bila nampak Pas kuat bila bersama Pakatan Rakyat..korang nk pertikai perjuangan Pas. Baiki dulu dasar umno drpd kebangsaan kepada Islam. Jgn sibuk pertikai kain org, klu kain awak bocor merata2 sampai terdedah aurat. Didik Wanita n Puteri umno pakai tudung ikut syariat..baru jelas umno nak ke Islam. Jgn dok sibuk ckp pasal DAP yg bukan Islam..awak yg Islam tu betulkan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun PAS pernah mengkafirkan UMNO dgn ayat Quran sbb berkawan dgn MCA dan MIC,kini bila PAS kawan dgn DAP dan PKR yang ...kenapa tak sebut dah ayat yg PAS guna untuk kafirkan UMNO dulu...PAS sememangnya munafik dlm perjuangan..tak pernah ikhlas dlm mendaulatkan Islam...dlam hati PAS penuh dendam kesumat trhdap UMNO semata-mata...beginikah gayanya nak bagi memerintah Malaysia?? Dah la PAS ikut telunjuk DAP ...PAS bukan dominan dalam PR...mcm mna PAS nak terapkan nilai-nilai Islam dan hukum Islam kalau PAS sendiri yang menjadi pak turut sahaja dlm PR ...

      Delete
    2. kerjasama PAS dengan DAP adalah dlm konsep tahaluf, kerjasama ini dipersetujui jika matlamat kedua-dua parti adalah sama. dan kerjasama ini menguntungkan islam maka kita boleh bekerjasama dgn org bkn islam. berkenaan dgn PAS bukan dominan adalah satu tanggapan yg silap. anda lihat PRU12 Pakatan Rakyat menang 5 negeri dan 3 daripadanya dipimpin oleh PAS.DAP dulu xsetuju dengan hudud, tapi apa jawab nik aziz? kalo DAP xnk hudud sila keluar daripada Pakatan Rakyat, berbeza dengan MCA, apabila salah seorang ADUN Umno di johor menyatakan hasrat mahu menjalankan hudud, apa chua soi lek jawab? UMNO sudah hilang akal ke? so UMNO xtentang plak? so sape yg ikot telunjuk sape skg???

      Delete
    3. Kenyataan rasmi DAP berkenaan isu Hudud: "Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.
      Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah." Dalam manifesto PR pelaksanaan hudud tidak dimasukkan langsung, jadi ini menunjukkan bahawa DAP lebih dominan dalam PR, bukannya Pas. http://dapmalaysia.org/english/2012/jul12/lge/lge1696.htm

      Delete