MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Monday, May 11, 2009

BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN (Sambungan 3)

Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK". (samb)

FASAL 9. Tugas-tugas Majlis Syura ‘Ulamak
(1) Mursyidul 'Am
(a) Bertanggungjawab sebagai ketua Majlis Syura 'Ulamak bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Fasal 7A (1)(a), (b), (c) dan (d) Perlembagaan ini.
(b) Menetap dan mempengerusikan mesyuaratmesyuarat Majlis Syura 'Ulamak.
(c) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

(2) Timbalan Mursyidul 'Am
(a) Membantu tugas-tugas Mursyidul ‘Am
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak apabila Mursyidul 'Am berhalangan atau tidak hadir.

(3) Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Mursyidul 'Am dan Majlis Syura 'Ulamak.
(b) Bertanggungjawab melaporkan ke-pada Mursyidul 'Am dan Majlis Syura 'Ulamak atas segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran Pejabat Majlis Syura 'Ulamak.
(c) Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat dan muzakarah Majlis Syura 'Ulamak.
(d) Menerima permohonan rayuan semula tatatertib mengikut Fasal 75A Perlembagaan ini dan permohonan pentafsiran Perlembagaan PAS mengikut 79(1) Perlembagaan ini daripada mana-mana ahli PAS.

(4) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak
(a) Melaksanakan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukan oleh Fasal 8(1)(a),(b) dan(c).
(b) Mendengar dan mempertimbang-kan rayuan semula tatatertib menurut Fasal 83.
(c) Menyediakan peraturan pemilih calon pilihanraya menurut Fasal 26(9)(f).
[Pindaan 2009]

No comments:

Post a Comment