MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KETUJUH: JAWATANKUASA KERJA (samb.)

FASAL 23. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

(1) Presiden
(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.
(b) Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(c) Melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing. (e) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

(2) Timbalan Presiden
(a) Membantu tugas-tugas Presiden
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat apabila Presiden berhalangan atau tidak hadir.

(3) Naib-naib Presiden
(a) Membantu tugas-tugas Presiden
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat apabila Presiden dan Timbalannya berhalangan atau tidak hadir.

(4) Setiausaha Agung
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(b) Menjadi ketua pegawai yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan pentadbiran Pejabat Agung PAS dan penyelaras kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukkan kepada Setiausaha Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran Pejabat Agung dan kegiatan kepartian seluruhnya.
(d) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Harian PAS Pusat dan Muktamar Tahunan/Khas PAS Pusat.
(e) Bertanggungjawab atas penyusunan dan pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Agung dengan persetujuan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
(f) Menyediakan sebarang penyata mengenai kerja dan kemajuan parti bagi tujuan Muktamar Tahunan/Khas dan mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian Pusat.

(5) Penolong-penolong Setiausaha Agung
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha Agung.
(b) Membantu Setiausaha Agung dalam urusan pentadbiran Pejabat Agung PAS dan penyelaras
kepada kerja-kerja dan tugas-tugas yang diperuntukan kepada Setiausaha Dewan-dewan
'Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.
(c) Membantu tugas-tugas Setiausaha Agung.
[Pindaan 2009]

(5) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Pejabat Agung.
(b) Menyediakan anggaran belanjawan kepada Jawatankuasa Keraj PAS Pusat.
(c) Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan untuk diperiksa oleh pemeriksa kira-kira PAS Pusat yang dilantik oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada tahun yang ada pemilihan dan perlantikannya, dan juga oleh Pemeriksa kira-kira bertauliah yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(d) Membentangkan penyata kewangan kepada Muktamar Tahunannya.
(e) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan parti.

(6) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh kegiatan dakwah dan penerangan PAS.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaras program dan kegiatan penerangan yang sesuai dengan tujuan dan dasar perjuangan PAS.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan itu.
(d) Menyedia dan mengeluarkan kenyataan, risalah dan apa jua penerbitan parti yang sesuai dengan dasar, tujuan dan ketetapan-ketetapan parti dari masa ke semasa.

(8) Ketua Pengarah Pilihanraya
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihan raya PAS.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktivitiaktiviti pilihan raya PAS.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihan raya.
[Pindaan 2009]

(9) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(a) Melaksana, menyusun dan mengatur strategi dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menjalankan program politik, ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan lain-lain mengikut dasar yang ditentukan kepadanya oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini dan oleh mana-mana badan yang diberi kepadanya kuasa menetapkan dasar oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini.
(b) Memberi perhatian terhadap kegiatan umum kerajaan dan menyelaraskan sikap dan pendirian ahli-ahli PAS dalam Parlimen supaya dapat dipertanggungjawabkan kepada dasar dan keutuhan Parti.
(c) Memelihara, menjaga dan mengawal tataertib PAS dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Tataertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 82 (5) Perlembagaan ini.
(d) Mengambil apa-apa tindakan tatertib tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib ke atas mana ahli PAS yang diadukan kepadanya menurut Fasal 83(9).
(e) Mendengar dan mempertimbangkan rayuan tataertib mengikut Fasal 83(2). [ Pindaan 2009 ]
(f) Memilih dan memuktamadkan calon-calon bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan syarat hendaklah pemilihan dan keputusan mengenainya tertakluk kepada peraturan pemilihan calon yang ditentukan oleh ‘MAJLIS SYURA ULAMAK’.
(g) Membuat semua Aturan dan Peraturan berhubung dengan pentadbiran parti termasuk soal-soal mengenai pilihanraya dan soal-soal yang berbangkit mengikut Fasal 84 dan 85 Perlembagaan ini. [ Pindaan 2009 ]
(h) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa atau lajnah-lajnah yang diperlukan bagi menjalan dan melicinkan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS serta melantik ahli-ahlinya dan menyediakan peraturan-peraturannya.
(i) Menyelaraskan kegiatan gerakan dan pentadbiran Badan-badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan Dewan-dewan yang ditubuhkan di bawah peruntukan Perlembagaan ini.
(j) Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih m,ana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.
(k) Membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh ‘MAJLIS SYURA ULAMAK’.
(l) Memberhentikan, mengganti dan melantik baru mana-mana Ahli Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan di bawah (9)(h) Fasal ini dari semasa ke semasa termasuklah membubarkan mana-mana Jawatankuasa Kecil itu yang difikirkan tidak mustahak lagi. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah berkuasa melantik mana-mana ahli PAS bagi memenuhi mana-mana kekosongan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sama ada kerana seseorang ahli itu berhenti, diberhentikan, meninggal dunia atau kerana ianya bercuti yang melebihi daripada 2 bulan.
(m) Pada amnya menjalankan tugas dan arahan-arahan Presiden serta melaksanakan usaha untuk kemajuan parti akan keutuhan umat Islam.


FASAL 27. Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat

(1) Menimbang sebarang permohonan menjadi ahli PAS, permohonan berhenti menjadi ahli PAS dan permohonan ahli berpindah Kawasan.
(2) Membuat sebarang keputusan untuk kelicinan kerja-kerja pentadbiran Pejabat Agung dan urusan-urusan biasa parti.
(3) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(4) Menimbang sesuatu hal yang mustahak yang terpaksa disegerakan.
(5) Melaksanakan sebarang tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kuasanya oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(6) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh jawatankuasa ini mengikut Ceraian (1), (2), (3) dan (4) Fasal ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

[Pindaan 2009]

No comments:

Post a Comment