Fasal 10 (Fasal lama 8). Ahli PAS:
Hanya satu sahaja jenis keahlian dalam PAS iaitu dinamakan 'Ahli PAS'.
Fasal 11 (Fasal lama 9). Syarat-syarat Menjadi Ahli
Adapun syarat untuk menjadi seorang Ahli PAS itu ialah:
(1) Warganegara Malaysia.
(2) Beragama Islam.
(3) 'Aqil baligh menurut Hukum Syara'.
(4) Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa.
(5) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib canselor /Rektor Universiti berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment