MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Thursday, May 21, 2009

Timbalan Presiden: Dr Haron Din tarik diri

Datuk Dr Haron Din hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan muktamar parti itu bulan depan.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.

"Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.

"Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.

Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.

Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Hashim Jasin tidak pertahankan jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulamak

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin menyatakan hasrat beliau untuk tidak bertanding mengekalkan jawatan tersebut walaupun mendapat pencalonan.

Pada 18 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Dalam pengumuman tersebut, Ustaz Hashim disenaraikan layak bertanding jawatan berkenaan bersama-sama dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob.

"Saya sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berundur daripada jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama ini dalam mesyuarat jawatankuasa Dewan Ulama Pusat.

"Walaupun saya belum lagi menerima surat tawaran tersebut, namun hari ini saya mengumumkan menolak pencalonan tersebut," jelas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis.

Sehubungan itu, Ustaz Hashim berharap agar Dato' Ahmad Yaakob tidak menolak pencalonan tersebut.

"Biarlah jawatan ini tidak dipertandingkan dan biarlah jawatan ini disandang oleh muka baru pula," katanya.

Wednesday, May 20, 2009

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 55

TENTATIF PENUH MUKTAMAR PAS

Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50
Tarikh : 9 - 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 3 Jun (Rabu) dan 4 Jun (Khamis) 2009
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Muktamar Penuh PAS Kali ke-55
Tarih : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2008
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Perkembangan terkini Muktamar Tahunan PAS boleh diikuti DI SINI.

Tuesday, May 19, 2009

Pemilihan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat sesi 2009-2011

Pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, pemilihan dijangka akan berlaku antara Ustaz Nasarudin Hassan; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat sekarang, dengan Zaki Ibrahim; Bendahari Pemuda PAS Pusat, apabila nama mereka dicalonkan untuk jawatan itu.

Pemilihan ini menurut Fasal 46 (2) Perlembagaan PAS.

Sementara itu, Datuk Harun Taib dijangka memenangi jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat tanpa bertanding apabila hanya nama beliau sahaja yang dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua pula, dua nama telah dicalonkan iaitu penyandang sekarang Ustaz Hashim Jasin dan Dato' Ahmad Yaakob yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kedudukan Harun sebagai ketua Dewan Ulama hanya sah selepas beliau menerima pencalonan ini. (Pemilihan Ahli Jawatrankuasa Dewan Ulamak berdasarkan Fasal 39 (2) Perlembagaan PAS).

Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama PAS sebelum ia diambil alih oleh Datuk Muhamad Daud 2007 lalu. Harun bertanding jawatan timbalan presiden menentang Nasharudin Mat Isa namun kalah pada tahun itu.

Bagi Dewan Muslimat pula, pertandingan dijangka sengit apabila empat nama telah dicalonkan untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Mereka adalah Dr Asiah Ali, Ustazah Azizah Khatib, Ustazah Nuridah Salleh; penyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, dan Dr Siti Mariah Mahmud.

(Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat adalah menurut Fasal 58 (2) Perlembagaan PAS).

Bagaimanapun kedudukan ini hanya sah apabila kesemua mereka menerima pencalonan ini menjelang tarikh tutup 25 Mei ini.Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini.

Wednesday, May 13, 2009

Presiden, Timbalan Presiden dipandu Majlis Syura Ulamak

“Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” kata Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS.Lapor Utusan, 10 Mei 2009

Kenyataan di atas bertepatan dengan Fasal 7 Perlembagaan PAS:
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat PAS.

(3) Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam ceraian (2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukkan dalam fasal 3 Perlembgaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Ingin menjadi Ahli PAS?

Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut:

Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun;

Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus.

Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung.

Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu.

Muat turun borang di sini

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KEDUA BELAS: LAIN-LAIN HAL (samb.)

FASAL 86 (FASAL 77 - lama). Meminda Perlembagaan PAS

(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 87 (FASAL 78 lama). Cara Memansuhkan PAS

(1) PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.

(2) Jika persetujuan bagi memansuh dan membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan dan segala wang waki harta-harta dan apa jua yang berkait dengannya terserahlah kepada keputusan Muktamar itu.

(3) Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diambil keputusan itu.


FASAL 88 (FASAL 79 - LAMA). Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

(3) Sebarang pertikaian dan perselisihan di dalam PAS, Badan-badan dan organisasi-organisasi serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil/Lajnah-Lajnah yang dibentuk mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini tidak boleh dibawa ke Mahkamah.

(4) Penasihat dan pegawai yang menjalankan tugas pemerintah PAS di semua peringkat hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.

tt
YB DATO HAJI FADZIL MOHD NOOR
Presiden PAS


tt
YB HAJI HASSAN BIN SHUKRI
Naib Presiden PAS


tt
YB HAJI NASHARUDIN MAT ISA
Setiausaha Agung PAS

BAB YANG KEDUA BELAS: LAIN-LAIN HAL

FASAL 80 (FASAL 73 - lama). Bendera PAS

(1) Adapun Bendera PAS ialah berwarna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya (merah-putih) dan di pangkalnya sebelah atas terletak bulatan hijau.

(2) Ukuran Bendera PAS itu ialah sebesar 5 X 7 sama ada dengan ukuran inci atau kaki atau lain-lain.

(3) Bendera PAS bolehlah digunakan dalam setiap perayaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh PAS atau sebarang perayaan yang disertai oleh PAS.

(4) Bendera PAS bolehlah digunakan sebagai latar belakang dalam setiap majlis-majlis anjuran PAS.

(5) Bendera PAS bolehlah digunakan pada pejabat-pejabat PAS, rumah-rumah ahli PAS dan pada kenderaan ahli-ahli PAS pada semua peringkat.

(6) Bendera PAS bolehlah digunakan pada masa-masa pilihanraya.


FASAL 81 (FASAL 74 - lama). Lambang PAS
Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk Pilihanraya ialah Bulatan Putih dengan berlatar belakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur, atau apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihanraya.


FASAL 82 (FASAL 75 - lama). Tatatertib PAS

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

(2) Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

(4) Ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam ceraian 3 (a), (b) dan (c) Fasal ini hendaklah dari kalangan ahli-ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. (Pindaan 2011).

Mansuh - Seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa Tatatertib ini. (Pindaan 2009)


Mansuh - ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. (lama)

(5) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 26 (9)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. (Pindaan 2009)

(6) Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah :
(a) Memberi amaran
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti
(c) Menggantungkan keahlian
(d) Memecat dari menjadi ahli
(sebelum pindaan, Fasal ini adalah (5))

(6) (lama) ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad. (sebelum Pindaan)

(7) Jawatankuasa Tatatertib yang mengenakan tindakan tataertib mengikut ceraian (6)(b) dan (c) Fasal ini hendaklah menetapkan satu tempoh tertentu mengikut kesesuaian pada pandangan Jawatankuasa Tatertib terhadap tindakan tatertib yang diambil. (Pindaan 2009)

(7) (lama) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ itu adalah muktamad.

(8) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana ahli PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tataertib dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Setiausaha Agung dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib mengikut Ceraian (6) Fasal ini. (Pindaan 2009)

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tataertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib keatas mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggarka Ceraian (1) Fasal ini. (Pindaan 2009)


FASAL 83. Rayuan Tatatertib (Pindaan 2009)
(1) Ahli-ahli PAS yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Fasal 82 Perlembagaan ini yang tidak berpuashati dengan keputusan Jawatankuasa Tatertib bolehlah mengemukakan rayuan bersurat kepada Setiausaha Agung PAS dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

(2) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengikut Fasal 26 (9)(e) dan 82 (8) Perlembagaan ini berkuasa untuk mendengar semula rayuan tatatertib PAS.

(3) Dengan mengabaikan Ceraian (2) Fasal ini, ahli-ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal 82 (9) Perlembagaan ini hendaklah mengemukakan rayuan terus kepada Majlis Syura 'Ulamak dalam tempoh 30 hari.

(4) Ahli-ahli yang tidak berpuashati dengan keputusan rayuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat boleh membuat rayuan semula dengan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak dalam tempoh 15 hari daripada keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dipertimbangkan oleh Majlis Syura 'Ulamak.

(5) Majlis Syura 'Ulamak adalah berkuasa untuk mendengar rayuan bagi ahli-ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal 82 (9) Perlembagaan ini dan rayuan semula mengikut Ceraian (4) Fasal ini. Keputusan dan tindakan Majlis Syura 'Ulamak itu adalah muktamad.

FASAL 84 (FASAL 76 - lama). Peraturan Muktamar dan Mesyuarat

(1) Adapun peraturan Muktamar dan mesyuarat bagi Muktamar Tahunan dan Mesyuarat Agung PAS adalah disifatkan seolah-olahnya menjadi sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kekuatan sebagaimana Perlembagaan juga.

(2) Peraturan Muktamar dan mesyuarat Agung yang baru bolehlah diperbuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS bila dikehendaki ataupun peraturan-peraturan mesyuarat Agung yang telah ada bolehlah dipinda atau diubah atau dimansuhkan dengan satu ketetapan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (Pindaan 2009)

(3) Sebarang pertikaian atau perselisihan faham dan pendapat di atas semua Peraturan Muktamar dan Mesyuarat Agung yang disebut dalam Fasal ini hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura PAS mengikut Fasal 88(1). (Pindaan 2009)

(3 lama) Adapun peraturan-peraturan bagi sesebuah Kawasan atau Cawangan PAS itu, hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS Negeri sebelum digunakan bagi Kawasan dan Cawangan itu.

FASAL 85. Aturan dan Peraturan PAS (Pindaan 2009)
(1) Adapun sebarang Aturan dan Peraturan bagi mana-mana dalam PAS adalah disifatkan seolah-olah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kekuatan sebagaimana Perlembagaan juga.

(2) Apa-apa peraturan dan peraturan bagi mengemaskan mana-mana organisasi di semua peringkat PAS bolehlah diperbuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan boleh dipinda atau dipinda atau diubah atau dimansuhkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan ini.

(3) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah berkuasa untuk membuat apa-apa kaedah, tatacara prosedur dan lain-lain termasuk pekeliling yang menjadi arahan amalan, dan ia hendaklah disifatkan sebagai sebahagaian daripada Aturan dan Peraturan PAS dan boleh dipinda atau diubah atau dimansuhkan mengikut kaedah Ceraian (2) Fasal ini.

(4) Adapun mana-mana bahagian di dalam mana-mana Aturan dan peraturan yang dibuat mengikut Fasal 84 dan Fasal 85 Perlembagaan ini yang bertentangan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya setakat mana ia bertentangan.

(5) Sebarang pertiakaina atau perselisihan faham dan pendapat di atas semua aturan dan peraturan yang disebut dalam Fasal ini hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura 'Ulamak mengikut Fasal 88 (1).

BAB YANG KESEBELAS: KEWANGAN DAN PEMEGANG AMANAH (samb.)

FASAL 76 [FASAL 69 (lama)]. Peraturan Kewangan

(1) Adapun tahun kewangan PAS itu ialah dari 1hb Januari hingga31hb Disember pada tiap-tiap tahun.

(2) Hendaklah diadakan sebuah Jawatankuasa Kecil yang dinamakan Jawatankuasa Kewangan :
(a) Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari PAS Pusat hendaklah dengan sendirinya menjadi ahli Jawatankuasa Kewangan itu dengan Presiden sebagai Pengerusinya.
(b) Jawatankuasa Kewangan itu hendaklah bertanggungjawab bagi mehyediakan rancangan-rancangan bagi memperbaiki, menambah dan meneguhkan kewangan PAS dari masa ke semasa dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi perlaksanaan dan kejayaannya.
(c) Jawatankuasa Kewangan itu hendaklah bertanggungjawab atas penyediaan sebarang penyata kewangan untuk dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi disahkan, setelah diperiksa oleh pemeriksa Kira-kira.
(d) Jawatankuasa ini adalah berkuasa meluluskan tiap-tiap perbelanjaan yang tidak melebihi daripada RM 30,000.00. Adapun tiap-tiap perbelanjaan yang melebihi daripada RM 30,000.00, maka ia hendaklah diluluskan mengikut kehendak-kehendak terkandung dalam Fasal 76(6).

(3) Kuasa Menandatangani Cek
(a) Wang Pejabat Agung hendaklah disimpan dalam mana-mana bank yang dipersetujui mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat. Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari PAS Pusat adalah berkuasa menandatangani cek-cek Pejabat Agung tandatangani dua orang dari pegawai ini adalah sah dengan syarat seorang daripadanya ialah Bendahari PAS Pusat.
(b) Wang Perhubungan PAS Negeri bolehlah disimpan di dalam mana-mana bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Harian PAS Negeri. Pesuruhjaya atau seorang Timbalannya, mengikut mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Perhubungan, Setiausaha Perhubungan dan Bendahari Perhubungan adalah berkuasa menandatangani cek-cek Perhubungan Negeri, tandatangan dua orang dari pegawai ini adalah sah dengan syarat seorang daripadanya ialah Bendahari Perhubungan.
(c) Adapun berkenaan dengan wang PAS Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan, Dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan hendaklah disimpan di mana-mana-mana bank yang ada mengamalkan sistem perbankan Islam yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja masing-masing, demikian juga berkenaan dengan kuasa menandatangani cek-cek masing-masing adalah sama kaedahnya dengan Ceraian (3)(a) dan (3)(b) Fasal ini mengikut mana yang sesuai.

(4) Wang Tunai Di Tangan
(a) Bendahari PAS Pusat dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM 1,000.00. Bendahari Perhubungan Negeri, Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dan Negeri masing-masing dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM500.00. Segala perbelanjaan yang lebih dari itu hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jawatankusa Harian masing-masing.
(b) Bendahari PAS Kawasan, bendahari Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM300.00. Sebarang prbelanjaan yang lebih dari itu hndaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kerja masing-masing.
(c) Bendahari PAS Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM200.00 dan segala perbelanjaan yang lebih dari itu hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan itu.
(d) Setiausaha Agung, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Setiausaha Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dan Negeri dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM500.00 untuk perbelanjaannyang tidak ditetapkan.
(e) Setiausaha PAS Kawasan, Setiausaha Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan dibenar menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM300.00 untuk perbelanjaan yang tidak ditetapkan.
(f) Setiausaha PAS Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai di tangannya tidak lebih dari RM200.00 untuk perbelanjaan yang tidak ditetapkan.

(5) Bendahari PAS Pusat sahaja yang berhak menerima sebarang wang PAS yang melalui Pejabat Agung dan mengeluarkan resit kerananya, jika ketiadaan Bendahari PAS Pusat, maka Setiausaha Agung atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bersurat olehnya boleh menggantikannya bagi pihaknya. Demikianlah juga dengan sebarang wang yang dibayar kepada Badan Perhubungan PAS Negeri, PAS Kawasan, PAS Cawangan, Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan yang berhak menerima dan mengeluarkan resit kerananya ialah Bendahari-bendahari masing-masing. Dan jika ketiadaan Bendahari-bendahari itu, maka Setiausaha-setiausaha atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bersurat olehnya bolehlah menggantikan bagi pihaknya.

(6) Selain dari kuasa-kuasa penyimpanan wang tunai seperti fasal-fasal 76(4)(a)(b)(c)(d)(e) dan fasal (f), setiap perbelanjaan yang lebih RM30,000.00 hendaklah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kerja masing-masing. Bagi PAS Cawangan, setiap perbelanjaan melebihi RM5,000.00 hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kerjanya.


FASAL 77 (FASAL 70 lama). Tuntutan

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhak memajukan sebarang tuntutan kewangan dan sebagainya kepada sesiapa juapun yang berhak dengan PAS dengan apa jua cara yang munasabah.


FASAL 78 (FASAL 71 lama). Memegang Amanah

(1) PAS bolehlah memiliki harta benda seperti tanah, rumah, bangunan dan lain-lain harta. Kecuali wang tunai di tangan atau disimpan di bank, hendaklah dipegang oleh Ketua Pemegang Amanah yang terdiri daripada tidak lebih dari lima orang bagi peringkat Pusat dan bagi peringkat Negeri hendaklah dilantik tidak lebih dari lima orang sebagai Pemegang Amanah. Bagi PAS Kawasan, tidak lebih empat orang boleh dilantik sebagai Pemegang Amanah. (Pindaan 2009)

(2) Pemegang Amanah PAS Pusat hendaklah dilantik daripada ahli-ahli PAS oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pemegang Amanah PAS Negeri hendaklah dilantik daripada ahli-ahli PAS dalam Negeri itu oleh mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri itu, Pemegang Amanah PAS Kawasan hendaklah dilantik oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu dari kalangan ahli-ahli PAS dalam kawasan berkenaan. (Pindaan 2009)

(3) Seseorang Pemegang Amanah itu hendaklah memegang jawatannya sehingga ia meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau Muktamar Tahunan PAS atau mesyuarat Perhubungan PAS Negeri bagi sesebuah negeri, atau Mesyuarat PAS Kawasan bagi sesebuah kawasan dengan apa-apa sebab sekalipun. Maka keberhentian orang yang menjadi Pemegang Amanah itu hendaklah dimaklumkan kepada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan kemudian daripada keberhentian itu supaya diangkat gantinya, dan bagi peringkat negeri hendaklah dimaklumkan kepada mesyuarat Perhubungan PAS Negeri supaya diangkat gantinya, dan bagi peringkat kawasan hendaklah dimaklumkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan supaya diangkat gantinya.

(4) Semua harta-harta yang tak alih, yang dimiliki oleh PAS, Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat hendaklah dipegang oleh Pemegang Amanah PAS Pusat. Adapun harta-harta yang tak alih, yang dimiliki oleh Badan Perhubungan PAS Negeri, Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat Negeri, maka hendaklah dipegang di bawah kuasa pemegang Amanah PAS Negeri, manakala harta yang tak alih yang dimiliki oleh PAS Kawasan, Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan dan Cawangan-cawangan PAS dalam Kawasan itu, maka hendaklah dipegang di bawah kuasa Pemegang Amanah PAS Kawasan itu.


FASAL 79 (FASAL 72 lama). Pemeriksa Kira-Kira

(1) Tidak kuran dua orang Pemeriksa Kira-Kira PAS Pusat itu hendaklah dipilih dan dilantik akan dia di dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat pada tiap-tiap dua tahun sekali atau mana-mana Muktamar Tahunannya yang ada pemilihan.

(2) Jawatankausa Kerja PAS Pusat hendaklah memilih dan melantik mana-mana Juruodit bertauliah menjadi Pemeriksa Kira-Kira luar bagi Pejabat Agung.

(3) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira Badan Perhubungan PAS Negeri itu.

(4) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira PAS Kawasan itu.

(5) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung PAS Cawangan bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira PAS Cawangan itu.

(6) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dan Negeri bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira Dewan-dewan itu di peringkat Pusat dan Negeri.

(7) Tidak kurang daripada dua orang hendaklah juga dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan bagi menjadi Pemeriksa Kira-Kira Dewan-Dewan itu.

(8) Semua pemilihan dan perlantikan yang disebutkan dalam ceraian (3) hingga (7) di atas hendaklah dibuat pada tiap-tiap dua tahun sekali.

(9) Seorang Pemeriksa Kira-Kira tidaklah boleh menjawat jawatan lain dalam peringkat PAS yang memilih dan melantiknya. Sekiranya ia menerima berhenti atau diberhentikan atas apa-apa jua sebab sekalipun, maka hendaklah diangkat gantinya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja di peringkat PAS yang memilih dan melantik akan dia.

(10) Adapun bagi Perhubungan PAS Negeri, PAS Kawasan, Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat dan Negeri bolehlah, dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian bagi Perhubungan PAS Negeri dan Jawatankuasa Kerja bagi lain-lain, memilih dan melantik mana-mana Juruodit bertauliah menjadi Pemeriksa Kira-Kira luarnya masing-masing.

BAB YANG KESEBELAS: KEWANGAN DAN PEMEGANG AMANAH

FASAL 75 (FASAL 68 lama). Sumber-sumber Kewangan

(1) Adapun sumber-sumber kewangan PAS ialah dari :
(a) Bayaran permulaan masuk menjadi ahli.
(b) Yuran tahunan ahli
(c) Derma-derma dan wakaf
(d) Lain-lain pendapatan yang halal pada sisi undang-undang negara dan tidak berlawanan dengan hukum-hukum dan ajaran Islam serta tidak merugikan perjuangan PAS.

(2) Bayaran permulaan masuk menjadi ahli
(a) Seseorang ahli PAS itu hendaklah membayar kepada PAS melalui Cawangan dan/atau Kawasan PAS atau terus ke Pejabat Agung suatu bayaran masuk menjadi ahli sebanyak RM 2.00 atau sebanyak mana yang ditetapkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dari masa ke suatu masa, dengan syarat mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
(b) Empat puluh peratus wang bayaran masuk menjadi ahli itu adalah terserah kepada penggunaan Pejabat Agung PAS, dua puluh peratus kepada Badan Perhubungan PAS Negeri, dua puluh peratus kepada PAS Kawasan dan dua puluh peratus yang baki itu adalah kepada PAS Cawangan.

(3) (a) Tiap-tiap PAS hendaklah membayar yuran tahunannya sebanyak RM 3.00 atau yuran sekaligus untuk seumur hidupnya sebanyak RM 100.00 kepada PAS Kawasan-kawasan melalui Cawangan-Cawangan atau terus kepada PAS Kawasan atau Pejabat Agung sebanyak mana yang ditetapkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum Mesyuarat Agung PAS Cawangan atau Kawasannya atau sebelum Muktamar Tahunan PAS jika ianya dibayar terus ke Pejabat Agung PAS.
(b) Ahli-ahli yang berdaftar terus hendaklah membayar terus yuran tahunannya kepada Pejabat Agung PAS.
(c) PAS Kawasan hendaklah membayar yuran tetap tahunan (yuran tetap PAS Kawasan) kepada Pejabat Agung PAS mengikut jumlah ahli yang ada di dalam kawasannya bagi tahun itu sebanyak lima puluh peratus daripada jumlah yuran tahunan yang ditetapkan bagi tiap-tiap ahli. Badan Perhubungan PAS Negeri adalah berhak mendapat peruntukan yuran tetap tahunan PAS Kawasan yang berbayar kepada Pejabat Agung itu sebanyak sepuluh peratus.
(d) Cawangan-cawangan adalah berhak mendapat peruntukan wang yuran tahunan ahli-ahli cawangannya daripada kawasan-kawasan sebanyak dua puluh peratus.
(e) Tiap-tiap seorang yang menjadi ahli PAS hendaklah menjelaskan segala yuran-yurannya sebelum penghujung tahun kewangan PAS.
(f) Yuran sekaligus yang dibayar oleh seorang ahli PAS hendaklah diperuntukan sebanyak empat puluh peratus kepada Pejabat Agung PAS, sepuluh peratus kepada Badan Perhubungan PAS Negeri, tiga puluh peratus kepada PAS Kawasan dan dua puluh peratus kepada PAS Cawangan.

BAB YANG KESEPULUH: DARIHAL DEWAN-DEWAN (samb.6)

FASAL 71 (FASAL 64 lama). Dewan Muslimat PAS Kawasan

(1) Sebuah Dewan Muslimat PAS Kawasan bolehlah ditubuhkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan dalam sebuah Kawasan PAS atau Kawasan Parlimen dengan syarat telah sedia ada tidak kurang daripada lima puluh orang Muslimat ahli PAS yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan itu.

(2) Pejabat bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Fasal 33(3) Perlembagaan ini.

(3) Sebuah buku daftar ahli bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan yang dicatitkan didalamnya, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam PAS hendaklah disedia dan disimpan oleh Setiausaha di Pejabat Dewan Muslimat Kawasan itu.


FASAL 72 (FASAL 65 lama). Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan

(1) Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun sebelum daripada berlangsungnya mesyuarat agung PAS Kawasan dan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Negeri itu. Satu Notis hendaklah dihantar kepada ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh muktamar hendak diadakan.

(2) Mesyuarat Agung Khas Dewan Muslimat PAS Kawasan bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan atau satu pertiga daripada Jawatankuasa Kerja Muslimat PAS Cawangan dalam Kawasan itu. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan. (Pindaan 2009)

(3) (2 lama) Ahli bagi Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah :
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(c) Ketua dan Setiausaha Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-Cawangan.
(d) Tidak lebih dari lima orang Muslimat PAS Cawangan yang dilantik di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-cawangan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Mesyuarat Agung Dewan Msulimat PAS Kawasan itu ialah Pengerusi Tetap atau Timbalannya yang dipilih pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan yang ada pemilihan.

(6) Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan berkuasa mengangkat tidak lebih tiga orang wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih tujuh wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri. (Pindaan 2009).


FASAL 73 (FASAL 66 lama). Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan

(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan itu adalah terdiri dari :
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Seorang Setiausaha
(e) Tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan,
(h) Seorang Pengarah Pilihanraya Muslimat, dan
(i) Dua belas orang Jawatankuasa yang lain.

(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan lapan orang daripada Ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan itu daripada Muslimat-Muslimat PAS pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ada pemilihan.

(3) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Muslimat dan empat orang lagi Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada Muslimat-Muslimat PAS dalam Kawasan itu, dan akan memegang jawatan itu selama dua tahun atau sehingga kepada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan yang akan datang yang ada pemilihannya, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa sebab jua pun.

(4) “Jika sekiranya Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan itu berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun, maka Timbalan Ketuanya hendaklah memangku jawatan itu sehingga kepada Mesyuarat Agung yang akan datang yang ada pemilihannya. Dan jika kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun maka Naib Ketuanya hendaklah dilantik memangku jawatan ketuanya dan seorang daripada Jawatankausa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan itu dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan itu di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan sehingga kepada Mesyuarat Agung yang akan datang, dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau diberhentikan maka seorang daripada Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan sehingga kepada Mesyuarat Agung yang akan datang yang ada pemilihannya.

(5) Adapun tempat yang dikosongkan oleh tiga orang Jawatankuasa itu bolehlah dilantik pengganti daripada mana-mana muslimat PAS Kawasan itu oleh Mesyuarat Jawatankuasa Dewan itu.

(6) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada tiga kali dalam setahun, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bersurat daripada tidak kurang dari satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

(7) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankusa Kerja Dewan itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya hadir dan cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian itu ialah lima orang daripada ahli-ahlinya hadir.

(8) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Dewan itu. (Pindaan 2009)

(9) Ketua, atau Timbalan Ketua, jika ia berhalangan hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(10) Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dengan sendirinya menajdi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Negeri. Jika Ketua Dewan Muslimat itu berhalangan atau apa-apa jua sebab yang ia tidak dapat hadir dalam mana-mana mesyuarat Kawasan, maka Timbalannya boleh diwakilkan secara bersurat untuk hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat itu.

(11) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Muslimat Dewan itu dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan yang bertanggungjawab atas kesempurnaan urursan-urusan biasa pentadbiran Dewan dan hal-hal yang mustahak dan perlu disegerakan, kemudiannya memaklumkan ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan bagi pengesahannya. Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Harian itu ialah tiga orang ahli-ahlinya hadir.

(12) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab keatas kesempurnaan pentadbiran dan perjalanan Dewan Muslimat PAS Kawasan dan urusan-urusan biasa Dewan ini.
(b) Menimbangkan sesuatu perkara yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut pecahan (a), (b) dan (c) ceraian ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.


FASAL 74 (FASAL 67 lama). Tugas-tugas Am Dewan Muslimat PAS Kawasan

(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan pentadbiran gerakan dan kegiatan Dewan Muslimat PAS dalam Kawasannya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanaraya Muslimat dan Ahli-ahli Jawatankuasa kerja yang dilantik menurut peruntukan Perlembagaan ini dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan apabila Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.

(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan apabila Ketua atau Timbalan Ketua Dewan itu berhalangan atau tidak hadir.

(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan Muslimat PAS Kawasan dan pengambilan kakitangan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Jawatankusa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(5) Penolong Setiausaha
a. Bertanggungjawab kepada Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan
b. Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam urusan pentadbiran Pejabat Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira Dewan dan membentangkan penyata itu kepada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Muslimat PAS dalam kawasannya.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan Muslimat PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan.

(8) Pengarah Pilihanraya Muslimat
a. Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya Dewan Muslimat PAS Kawasan.
b. Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya Dewan Muslimat PAS Kawasan.
c. Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan Pilihanraya.

(9) Ahli Jawatankuasa Kerja.
(a) Menyelaraskan pentadbiran dan kegiatan Jawatankuasa Muslimat cawangan dengan kerjasama PAS Cawangan dan Kawasan.
(b) Meluaskan pengaruh PAS dalam kawasan itu melalui kegiatan-kegiatan kewanitaan sambil berusaha membimbing dan memimpin wanita-wanita Islam di kawasan itu ke arah cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
c. Membentuk Lajnah-lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
d. Mengangkat wakil ke Muktamar Khas Dewan Muslimat PAS Pusat dan/atau Muktamar Khas Dewan Muslimat PAS Negeri jika wakil yang diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan tidak lagi menjadi wakil mengikut Fasal 19 (7) Perlembagaan ini.

BAB YANG KESEPULUH: DARIHAL DEWAN-DEWAN (samb.5)

FASAL 67 (FASAL 60 lama). Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan

(1) Sebuah Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan yang kemudiannya disebut ‘Dewan Muslimat PAS Negeri’ sahaja hendaklah ditubuhkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat yang dianggotai oleh muslimat-muslimat PAS sepertimana yang disebutkan dalam Fasal 63(3) Perlembagaan.

(2) Pejabat bagi Dewan Muslimat PAS Negeri itu ialah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Fasal 39(2) Perlembagaan ini.

(3) Sebuah buku daftar ahli bagi Dewan Muslimat PAS Negeri yang dicatatkan di dalamnya, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam PAS hendaklah disediakan oleh Setiausaha dan disimpan di Pejabat Dewan Muslimat PAS Negeri itu.


FASAL 68 (FASAL 61 lama). Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri

(1) Dewan Muslimat PAS Negeri hendaklah mengadakan Muktamar Tahunannya sekali dalam setahun sebelum daripada berkangsungnya Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan itu. Sati notis hemdaklah dihantar kepada ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh muktamar hendak diadakan.

(2) Muktamar Khas Dewan Muslimat PAS Negeri bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri atau dengan permintaan satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri atau satu pertiga daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan dalam negeri itu. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan. (Baru)

(3)(2 lama) Ahli bagi Muktamar Tahunan/Khas Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri itu ialah :
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri.
(c) Ketua-ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan atau Timbalan atau Naibnya jika Ketua dan Timbalannya berhalangan.
(d) Tidak lebih dari tujuh orang wakil yang dipilih dan diangkat oleh mesyuarat agung tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Muktamar itu ialah Pengerusi Tetap atau Timbalannya yang dipilih pada tiap-tiap dua tahun sekali, atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan itu yang ada pemilihannya.


FASAL 69 (FASAL 62 lama). Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri

(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri itu adalah terdiri dari :
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Setiausaha
(e) Tidak lebih daripada tiga orang Penolong Setiausaha
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan
(h) Seorang Pengarah Pilihanraya Muslimat
(i) Tidak lebih daripada lima belas orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri daripada Muslimat-Muslimat PAS Negeri itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Dewan itu yang ada pemilihannya.

(3) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Muslimat dan satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu, dan akan memegang Jawatan selama dua tahun, atau sehingga kepada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat yang akan datang yang ada pemilihan, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

(4) “Jika sekiranya Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri itu berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun, maka Timbalannya hendaklah memangku Jawatan Ketua itu sehingga kepada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri yang akan dating yang ada pemilihannya, jika sekiranya kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun, maka Naib Ketuanya hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketuanya dan seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri hendaklah dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan itu dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri oleh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri sehingga kepada Muktamar Tahunan akan datang yang ada pemilihan. Dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau diberhentikan maka seorang daripada Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri oleh Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan dating yang ada pemilihannya. Dan di tempat yang mereka kosongkan bolehlah dilantik gantinya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada mana-mana jua muslimat yang telah menjadi ahli PAS dalam negeri itu.

(5) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang dari tiga kali dalam setahun, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua, atau dengan permintaan bersurat daripada tidak kurang dari satu pertiga dari jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Negeri itu.

(6) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Muslimat adalah dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri.

(7) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab keatas kesempurnaan pentadbiran dan perjalanan Dewan Muslimat PAS Negeri dan urusan-urusan biasa Dewan ini.
(b) Menimbang sesuatu perkara yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut pecahan (a), (b) dan (c) Ceraian ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri.

(8) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya hadir dan cukup bilang bagi mengadakan ahli-ahlinya hadir dan cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian itu ialah lima orang daripada ahli-ahlinya hadir.

(9) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Dewan itu.

(10) Ketua hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan itu dan jika ia berhalangan maka Timbalannya hendaklah mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat tersebut.

(11) Ketua dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri adalah dengan sendirinya menjadi Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri itu.


FASAL 70 (FASAL 63 lama). Tugas-tugas Am Dewan Muslimat PAS Negeri

(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan pentadbiran gerakan dan kegiatan Dewan Muslimat PAS dalam negerinya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Muslimat dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik menurut peruntukan Perlembagaan ini dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri.
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri.

(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri apabila Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.
(c) Menggantikan Ketua sebagai Ahli Perhubungan PAS Negeri dan Ahli Jawatankuasa Harian PAS Negeri jika Ketua dilucutkan jawatannya mengikut Fasal 40(16) Perlembagaan ini.

(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri apabila Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri berhalangan atau tidak hadir.

(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan Muslimat PAS Negeri dan pengambilan kakitangannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri.

(5) Penolong-Penolong Setiausaha
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam urusan pentadbiran Pejabat Dewan Muslimat PAS Negeri.

(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira Dewan Muslimat PAS Negeri dan membentangkan penyata itu kepada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan Muslimat PAS Negeri.

(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Muslimat PAS dalam negerinya.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan Muslimat PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan.

(8) Pengarah Pilihanraya Muslimat
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri.
(c) Bertanggingjawab melaporkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihanraya.

(9) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
(a) Menyatukan tenaga dan kegiatan muslimat PAS Negeri.
(b) Menyelaras gerakan dan pentadbiran Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri.
(c) Meluaskan pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan kewanitaan sambil membentuk dan memupuk keperibadian mereka supaya menjadi muslimat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta menyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
(d) Menubuhkan Dewan Muslimat PAS Kawasan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan.
(e) Membentuk lajnah-lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

BAB YANG KESEPULUH: DARIHAL DEWAN-DEWAN (samb.4)

Fasal 63 (Fasal 56 lama). Dewan Muslimat PAS Pusat

(1) Sebuah Dewan Muslimat PAS Pusat hendaklah ditubuhkan melalui Muktamarnya.
(2) Pejabat bagi Dewan Muslimat PAS Pusat itu ialah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 39(1) Perlembagaan ini.

(3) Muslimat-muslimat yang telah menjadi PAS dengan sendirinya menjadi Ahli bagi Dewan Muslimat PAS.

(4) Sebuah buku besar daftar ahli bagi Dewan itu yang dicatatkan di dalamnya, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam PAS hendaklah disedia dan disimpan oleh Setiausaaha Dewan itu di Pejabat Dewan Muslimat PAS Pusat.

(5) Bayaran pendaftaran untuk ahli Dewan ini ialah sebanyak RM 5.00 bagi tiap-tiap seorang. Kutipan bayaran pendaftaran itu hendaklah diperuntukan sebanyak lima puluh peratus kepada Dewan Muslimat PAS Pusat, dua puluh peratus kepada Dewan Muslimat Negeri dan tiga puluh peratus kepada Dewan Muslimat Kawasan.


FASAL 64 (FASAL 57 lama). Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat

(1) Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat hendaklah diadakan sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya dalam bulan April pada tiap-tiap tahun atau mana-mana tarikh yang terdahulu sedikit dari Muktamar Tahunan PAS, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat. Satu notis hendaklah dihantar kepada ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh Muktamar hendak diadakan.

(2) Muktamar Khas Dewan Muslimat PAS Pusat bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat atau satu pertiga daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada yang kerananya Muktamar itu diadakan.

(3) Ahli bagi Muktamar Tahunan Dewan Muslimat itu ialah :
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat.
(c) Ketua-Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri atau Timbalannya atau Naibnya dengan kebenaran bersurat jika Ketua atau Timbalan Ketua berhalangan.
(d) Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan atau timbalannya atau Naibnya dengan kebenaranan bersurat jika Ketua atau timbalan Ketua berhalangan.
(e) Tidak lebih toga orang wakil yang dipilih dan diangkat Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Muktamar itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Muktamar itu ialah Pengerusi Tetap, jika ia berhalangan, maka Timbalannya hendaklah mempengerusikan Muktamar itu.

(6) Pengerusi Tetap dan Timbalannya Pengerusi Tetap Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat itu hendaklah dipilih dan dilantik pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS yang ada pemilihan daripada Muslimat-muslimat yang telah menjadi ahli PAS.

(7) Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat berkuasa mengangkat 20 wakil ke Muktamar tahunan PAS mengikut Fasal 18(2)(h).


Fasal 65 (Fasal 58 lama). Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat

(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat itu adalah terdiri dari :
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Seorang Setiausaha
(e) Tidak lebih daripada tiga orang Penolong Setisauaha
(f) Seorang Bendahari
(g) seorang Ketua Penerangan
(h) Seorang Pengarah Pilihanraya Muslimat, dan
(i) Tidak lebih daripada lima belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa.

(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunannya yang ada pemilihan daripada Muslimat-muslimat ahli PAS.

(3) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha,Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Muslimat dan satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada Muslimat-muslimat PAS di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa kerja Dewan itu, dan akan memegang jawatannya selama dua tahun atau sehingga kepada Muktamar Tahunan PAS yang akan datang yang ada pemilihan, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua pun dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS itu.

(4) Jika sekiranya Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun, maka Timbalan Ketuanya hendaklah mengaku jawatan itu sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan datang yang ada pemilihannya. Dan jika kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun maka Naib Ketuanya hendaklah dilantik memangku jawatan ketuanya dan seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat hendaklah dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan datang yang ada padanya pemilihan dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau diberhentikan maka seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan dating yang ada pemilihannya. Dan di tempat mereka yang mereka kosongkan bolehlah dilantik gantinya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada mana-mana jua muslimat yang telah menjadi ahli PAS.

(5) Tiap-tiap seorang daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS itu bolehlah memohon berhenti dengan menghantar surat kepada Ketua atau Setiausaha serta menyata sebab-sebab keberhentiannya bagi ditimbang dan diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

(6) Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang dari tiga kali dalam setahun, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua, atau dengan permintaan bersurat daripada tidak kurang dari satu pertiga dari jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan itu semua.

(7) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong-penolong Setiasuaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya muslimat adalah dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat.

(8) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan pentadbiran dan perjalanan Dewan Muslimat PAS Pusat dan urusan-urusan biasa Dewan ini.
(b) Menimbangkan sesuatu perkara yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepada oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut pecahan (a), (b) dan (c) Ceraian ini hendaklah dimaklum dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat.

(9) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya hadir, dan cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan itu ialah tiga orang daripada ahli-ahlinya hadir.

(10) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Dewan itu.

(11) Ketua hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan itu, dan jika ia berhalangan, maka Timbalannya hendaklah mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat tersebut.


FASAL 66 (FASAL 59 lama). Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Pusat

(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran gerakan dan kegiatan Dewan Muslimat PAS dalam negara ini.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong-penolong Setiasuaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Muslimat dan Ahli-ahli Jawatankuasa kerja yang dilantik menurut peruntukan Perlembagaan ini dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat.
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankausa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat.

(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat apabila Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.

(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Pusat apabila Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berhalangan atau tidak hadir.

(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan Muslimat PAS Pusat dan pengambilan kakitangan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat.

(5) Penolong Setiausaha
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat.
(b) Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam urusan pentadbiran Pejabat Dewan Muslimat PAS Pusat.

(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Dewan Muslimat PAS Pusat.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira Dewan Muslimat PAS Pusat dan membentangkan penyata itu kepada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Muslimat PAS.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaras program dan kegiatan penerangan Muslimat PAS.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan.

(8) Pengarah Pilihanraya Muslimat
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihanraya.

(9) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
(a) Menyatukan tenaga, fikiran dan pandangan muslimat-muslimat PAS dalam negara ini.
(b) Membantu Perhubungan PAS Negeri menubuhkan Dewan Muslimat Negeri, dan Dewan Muslimat Negeri menubuhkan Dewan Muslimat PAS Kawasan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan.
(c) Meluaskan pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan kewanitaan sambil membentuk keperibadian mereka menjadi muslimat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta menyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
(d) Membentuk lajnah-lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu. (Pindaan 2009)
(e) Mengangkat wakil ke Muktamar Khas PAS yang disebut dalam Fasal 18 Perlembagaanini, jika wakil yang diangkat oleh Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat tidak lagi menjadi wakil mengikut Fasal 19(7) Perlembagaan ini. (Pindaan 2009)

BAB YANG KESEPULUH: DARIHAL DEWAN-DEWAN (samb.3)

Fasal 59 (Fasal 52 lama). Dewan Pemuda PAS Kawasan

(1) Sebuah Dewan Pemuda PAS Kawasan bolehlah ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan dalam sebuah Kawasan PAS atau Kawasan Parlimen denga syarat telah sedia ada tidak kurang daripada lima puluh orang pemuda-pemuda ahli PAS yang telah mendaftar sebagai ahli kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan itu.

(2) Pejabat bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan itu ialah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Fasal 39(3) Perlembagaan ini.

(3) Sebuah buku daftar ahli bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan yang dicatatkan di dalamnya, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam PAS hendaklah disedia dan disimpan oleh Setiausaha di Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan itu.


FASAL 60 (FASAL 53 lama). Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan

(1) Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun sebelum daripada berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS Kawasan dan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Negeri itu. Satu Notis mesyuarat agung hendaklah dihantar kepada ahli tidak kurang 14 hari daripada tarkh mesyuarat agung hendak diadakan.

(2) Mesyuarat Agung Khas Dewan Pemuda PAS Kawasan bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan atau satu pertiga daripada Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Cawangan dalam Kawasan itu. Maka Mesyuarat Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Mesyuarat itu diadakan. (Pindaan 2009)

(3) Ahli bagi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan itu ialah :
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(c) Ketua dan Setiausaha Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan-cawangan.
(d) Tidak lebih dari lima orang pemuda PAS Cawangan yang dilantik di dalam dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan-cawangan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan itu ialah satu perdua daripada ahli-ahli yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan itu ialah Pengerusi Tetap atau Timbalannya jika ianya berhalangan dengan apa-apa jua sebab sekalipun. Kedua-dua mereka hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ada pemilihan.

(6) Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan berkuasa mengangkat tidak lebih tiga orang wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat dan tidak lebih tujuh orang wakil ke Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri. (Pindaan 2009).


FASAL 54. Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan

(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan itu adalah terdiri dari :
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Seorang Setiausaha
(e) Tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan,
(h) Seorang Pengarah Pilihanraya Pemuda, dan
(i) Dua belas orang Jawatankuasa Biasa.

(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan lapan orang daripada Ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam kawasan itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Mesyuarat Agung Tahunannya yang ada pemilihan.

(3) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Pemuda dan empat orang lagi Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh ketua di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan itu daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam Kawasan itu, dan akan memegang jawatan itu selama dua tahun atau sehingga kepada Mesyuarat Agung yang akan datang yang ada pemilihan, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

(4) “Jika sekiranya Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa sebab sekalipun, maka Timbalannya hendaklah memangku jawatan itu sehingga kepada Mesyauarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan yang akan datang yang ada pemilihan. Jika kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa sebabpun maka Naib Ketuanya hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketuanya dan seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan itu dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga ke Mesyuarat Agung yang akan datang yang ada padanya pemilihan. Dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau diberhentikan maka seorang daripada Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan dan seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga kepada Mesyuarat yang akan datang yang ada padanya pemilihan.

(5) Dan di tempat yang mereka kosongkan bolehlah dilantik oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada mana-mana jua pemuda yang telah menjadi Ahli Dewan Pemuda PAS dalam kawasan itu.

(6) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah mengadakan mesyuaratnya tidak kurang daripada tiga kali dalam setahun atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja itu.

(7) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya hadir dan cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian itu ialah lima orang daripada ahli-ahli hadir.

(8) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Dewan itu.

(9) Ketua hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan itu, dan jika ia berhalangan maka Timbalannya hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(10) Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan adalah dengan sendirinya menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan. Jika Ketua Dewan Pemuda itu berhalangan atau apa-apa jua sebab yang ia tidak dapat hadir dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan, maka Timbalannya bolehlah diwakilkan secara bersurat untuk hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat itu.

(11) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Pemuda Dewan itu dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan.

(12) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab keatas kesempurnaan pentadbiran dan perjalanan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan urusan-urusan biasa Dewan ini.
(b) Menimbangkan sesuatu perkara yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut pecahan (a), (b) dan (c) ceraian ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan.


FASAL 62 (FASAL 55 lama). Tugas-tugas Am Dewan Pemuda PAS Kawasan

(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan Dewan Pemuda PAS Dalam kawasannya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik menurut peruntukan Perlembagaan ini dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan.

(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan apabila Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.

(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan apabila ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan berhalang atau tidak hadir.

(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan dan pengambilan kakitangannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Jawatankusa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Kawasan.

(5) Penolong Setiausaha
a. Bertanggungjawab kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan
b. Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam urusan pentadbiran Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan.

(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira Dewan Pemuda PAS Kawasan dan membentangkan penyata itu kepada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan Pemuda PAS Kawasan.

(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Pemuda PAS dalam kawasannya.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan Pemuda PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan.

(8) Pengarah Pilihanraya Pemuda
a. Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan.
b. Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan.
c. Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan Pilihanraya.

(9) Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja.
(a) Menyelaras pentadbiran dan kegiatan Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan dengan kerjasama PAS Cawangan dan Kawasan.
(b) Meluaskan pengaruh PAS di kalangan pemuda-pemuda dalam kawasan itu melalui kegiatan-kegiatan belia sambil berusaha membentuk dan memimpin mereka ke arah cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
c. Membentuk Lajnah-lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
d. Mengangkat wakil ke Muktamar Khas Dewan Pemuda PAS Pusat dan/atau Muktamar Khas Dewan Pemuda PAS Negeri jika wakil yang diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan tidak lagi menjadi wakil mengikut Fasal 19 (7) Perlembagaan ini.

BAB YANG KESEPULUH: DARIHAL DEWAN-DEWAN (samb.2)

FASAL 55 (FASAL 48 lama). Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
(1) Sebuah Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan yang kemudiannya disebut ‘Dewan Pemuda PAS Negeri’ sahaja hendaklah ditubuhkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dianggotai oleh pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu sepertimana yang disebutkan dalam Fasal 51(3) Perlembagaan ini.

(2) Pejabat bagi Dewan Pemuda PAS Negeri itu ialah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Fasal 39(2) Perlembagaan ini.

(3) Sebuah buku daftar ahli bagi Dewan Pemuda PAS Negeri yang dicatatkan di dalamnya, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam PAS hendaklah disedia dan disimpan di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri itu.


FASAL 49. Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri

(1) Dewan Pemuda PAS Negeri hendaklah mengadakan Muktamar Tahunan sekali dalam setahun sebelum daripada berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri itu.

(2) Muktamar Khas Dewan Pemuda PAS Pusat bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat atau satu pertiga daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada yang kerananya Muktamar itu diadakan.

(2) Ahli bagi Muktamar Tahunan/Khas Dewan Pemuda PAS Negeri itu ialah;
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri.
(c) Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan atau Timbalannya atau Naibnya jika Ketua itu berhalangan.
(d) Tidak lebih dari tujuh orang wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan yang diangkat dan dilantik oleh Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan itu.

(3) Cukup Bilang bagi menjalankan Muktamar itu ialah satu perdua daripada ahli-ahli Muktamar itu hadir.

(4) Pengerusi bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat itu ialah Pengerusi Tetap atau Timbalannya yang dipilih pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang ada pemilihannya, daripada kalangan ahli-ahli PAS.


FASAL 50. Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri

(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri itu adalah terdiri dari:
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Seorang Setiausaha
(e) Tidak lebih tiga orang Penolong Setiausaha
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan,
(h) Seorang Pengarah Pilihanraya Pemuda, dan
(i) Tidak lebih daripada lima belas orang Jawatankuasa Biasa.

(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang ada pemilihannya.

(3) Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Pemuda dan satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu, dan akan memegang jawatannya selama dua tahun, atau sehingga kepada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang akan datang yang ada pemilihan, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

(4) Jika Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun, maka Timbalannya hendaklah memangku Jawatan itu sehingga kepada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang akan datang yang ada padanya pemilihan. Jika kedua-duanya behenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun, maka Naib Ketuanya hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketuanya dan seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Negeri hendaklah dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan itu dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga ke Muktamar Tahunan yang akan datang yang ada pemilihan. Dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau diberhentikan maka seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan datang yang ada padanya pemilihan. Dan ditempat mereka yang mereka kosongkan itu bolehlah dilantik gantinya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada mana-mana pemuda ahli PAS Negeri itu boleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

(5) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bersurat daripada tidak kurang dari satu pertiga daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri itu.

(6) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Pemuda adalah dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri.

(7) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab keatas kesempurnaan pentadbiran dan perjalanan Dewan Pemuda PAS Negeri dan urusan-urusan biasa Dewan ini.
(b) Menimbangkan sesuatu perkara yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut Pecahan (a), (b) dan (c) Ceraian ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri.

(8) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Kerja itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya hadir dan cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian itu ialah lima orang daripada ahli-ahli hadir.

(9) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Dewan itu.

(10) Ketua atau Timbalannya jika Ketua itu berhalangan, hendaklah mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan itu.

(11) Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri itu adalah dengan sendirinya menjadi Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri itu.


FASAL 51. Tugas-tugas Am Dewan Pemuda PAS Negeri

(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan Dewan Pemuda PAS dalam negerinya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan persefahaman dan kesungguhan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik menurut peruntukan Perlembagaan ini dengan perstujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri.
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri.

(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri apabila Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.

(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Pemuda PAS Negeri apabila Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri berhalangan atau tidak hadir.

(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan pelaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri dan pengambilan kakitangannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri.

(5)Penolong Setiausaha
a. Bertanggungjawab kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri
b. Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam urusan pentadbiran Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri.

(6)Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Dewan Pemuda PAS Negeri.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira Dewan Pemuda PAS Negeri dan membentangkan penyata itu kepada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan Pemuda PAS Negeri.

(7)Pengarah Pilihanraya Pemuda
a. Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri.
b. Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri.
c. Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan Pilihanraya.

((8) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Pemuda PAS dalam negerinya.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan Pemuda PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan.

(9) Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja

(a) Menyatukan tenaga dan kegiatan pemuda-pemuda PAS Negeri.
(b) Menubuhkan Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan kerjasama Dewan pemuda PAS Pusat, Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan.
(c) Menyelaras gerakan dan pentadbiran Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri.
(d) Meluaskan pengaruh PAS di kalangan pemuda-pemuda melalui kegiatan-kegiatan belia sambil berusaha membentuk keperibadian mereka supaya menjadi pemuda yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta menyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
(e) Membentuk Lajnah-lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

BAB YANG KESEPULUH: DARIHAL DEWAN-DEWAN (samb.1)

FASAL 51 (Fasal lama 44). Dewan Pemuda PAS Pusat

(1) Sebuah Dewan Pemuda PAS Pusat hendaklah ditubuhkan melalui Muktamarnya.

(2) Pejabat bagi Dewan Pemuda PAS Pusat ialah sepertimana yang telah dinyatakan dalam Fasal 39(1) Perlembagaan ini.

(3) Pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah dengan sendirinya menjadi ahli bagi Dewan Pemuda PAS.

(4) Sebuah buku besar daftar ahli bagi Dewan Pemuda PAS Pusat yang dicatatkan di adalamnya butir-butir, Nama, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Pekerjaan dan Nombor Sijil Keahliannya dalam PAS hendaklah disedia dan disimpan di Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat.

(5) Bayaran pendaftaran bagi ahli Dewan ini ialah RM5.00 setahun bagi setiap seorang. Kutipan bayaran pendaftaran itu hendaklah diperuntukan sebanyak lima puluh peratus kepada Dewan Pemuda PAS Pusat, dua puluh peratus kepada Dewan Pemuda PAS Negeri dan tiga puluh peratus kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan.


FASAL 52 (Fasal lama 45). Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat

(1) Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat hendaklah diadakan sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya dalam bulan April atau mana-mana tarikh yang terdahulu sedikit dari tarikh Muktamar Tahunan PAS, atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat. Satu notis hendaklah dihantar kepada ahli tidak kurang 14 hari daripada tarikh muktamar hendak diadakan.

(2) Muktamar Khas Dewan Pemuda PAS Pusat bolehlah diadakan beberpa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat atau satu pertiga daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan. Maka Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.

(3) Ahli-ahli bagi Muktamar Tahunan Dewan Pemuda itu ialah:
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.
(c) Ketua-Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri atau timbalannya atau Naibnya dengan kebenaran bersurat jika Ketuanya atau Timbalan Ketuanya berhalangan.
(d) Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan atau Timbalannya atau Naibnya dengan kebenaran bersurat jika Ketuanya atau Timbalan Ketuanya berhalangan.
(e) Tidak lebih tiga orang wakil yang dipilih dan diangkat Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan.

(4) Cukup bilang bagi menjalankan Muktamar itu ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya yang di atas hadir.

(5) Pengerusi bagi Muktamar itu ialah Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetapnya jika Pengerusi Tetap itu berhalangan.

(6) Pengerusi Tetap dan Timbalannya hendaklah dipilih pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda yang ada pemilihan daripada ahli-ahli PAS yang berumur walaupun lebih daripada empat puluh tahun.

(7) Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat berkuasa mengangkat 20 wakil ke Muktamar Tahunan PAS mengikut Fasal 18(2)(g).

FASAL 53 (Fasal lama 46). Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat

(1) Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah terdiri dari :
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Timbalan Ketua
(c) Seorang Naib Ketua
(d) Seorang Setiausaha
(e) Tidak lebih daripada tiga orang Penolong Setiausaha
(f) Seorang Bendahari
(g) Seorang Ketua Penerangan
(h) Seorang Pengarah Pilihanraya Pemuda
(i) Tidak lebih daripada lapan belas orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat yang ada pemilihan, daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah, Kecuali Ketua dan Timbalan Ketua yang disebut dalam ceraian (1)(a) dan (1)(b) Fasal ini boleh dipilih dan dilantik dalam mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat yang ada pemilihannya daripada ahli-ahli PAS dalam negara ini dengan tiada sebarang sekatan umurnya.

(3) Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Pemuda dan satu pertiga daripada Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) Fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu dan akan memegang jawatannya selama dua tahun atau sehingga kepada Muktamar Tahunan yang akan datang yang ada pemilihan, atau sehingga ia berhenti atau diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

(4) Jika sekiranya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun, maka Timbalanya hendaklah memangku Jawatan itu sehingga kepada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS yang akan datang yang ada padanya pemilihan. Jika kedua-duanya berhenti atau diberhentikan dengan apa-apa jua sebabpun, maka Naib Ketuanya hendkalah dilantik memangku Jawatan Ketuanya dan seorang daripada Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat hendaklah dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua Dewan itu dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga ke Muktamar Tahunan yang akan dating yang ada pemilihan. Dan jika Naib Ketuanya juga berhenti atau diberhentikan maka seorang dari Jawatankuasa Kerja Dewan itu hendaklah dilantik memangku Jawatan Ketua dan seorang dilantik memangku Jawatan Timbalan Ketua dan seorang dilantik memangku Jawatan Naib Ketua Dewan itu di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu sehingga kepada Mukatamr Tahunan yang ada pemilihannya. Dan di tempat mereka yang mereka dikosongkan bolehlah dilantik gantinya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu daripada mana-mana jua pemuda yang telah menjadi ahli PAS.

(5) Tiap-tiap seorang daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Dewan ini boleh memohon berhenti dengan bersurat kepada Ketua atau Setiausaha dengan menyatakan sebab-sebabnya Ketua atau Setiausaha hendaklah mengangkat permohonan itu ke dalam majlis mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat untuk ditimbang sama ada ditolak atau diluluskan.

(6) Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga bulan sekali, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua Dewan itu atau dengan permintaan bersurat daripada tidak kurang dari satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan itu.

(7) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Dewan itu dengan sendirinya menjadi Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat.

(8) Adapun Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai tugas-tugas berikut:
(a) Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran dan perjalanan Dewan pemuda PAS Pusat dan urusan-urusan biasa Dewan Pemuda PAS.
(b) Menimbangkan sesuatu perkara yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Dewan ini selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.
(d) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.
(e) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut Pecahan(a), (b) dan (c) Ceraian ini hendaklah dimaklum dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

(9) Cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan ialah satu perdua daripada ahli-ahlinya hadir, dan cukup bilang bagi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat itu ialah tiga orang daripada ahli-ahlinya hadir.

(10) Adapun seseorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat itu bolehlah dilucutkan jawatannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankausa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat jika gagal hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada Setiausaha Dewan itu.

(11) Ketua, atau Timbalannya jika Ketua itu berhalangan, hendaklah mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan itu.


FASAL 54 (fasal lama 47). Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Pusat

(1) Ketua
(a) Bertanggungjawab mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan Dewan Pemuda PAS dalam negara ini.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya Pemuda dan Ahli-ahli Jawatankausa Kerja yang dilantik menurut Perlembagaan ini dengan pesetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat.

(2) Timbalan Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat apabila Ketua Dewan berhalangan atau tidak hadir.

(3) Naib Ketua
(a) Membantu tugas-tugas Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat apabila Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berhalangan atau tidak hadir.

(4) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perlaksanaan pentadbiran Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat dan pengambilan kakitangannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat.

(5) Penolong Setiausaha
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
(b) Membantu tugas-tugas Setiausaha dalam urusan pentadbiran Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat.

(6) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira Dewan Pemuda PAS Pusat dan membentangkan penyata itu kepada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

(7) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Pemuda PAS.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan Pemuda PAS.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua dan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan.

(8) Pengarah Pilihanraya Pemuda
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat.
(c) Bertanggungjawabmelaporkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihanraya.

(7) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
(a) Menyatupadukan tenaga dan fikiran pemuda PAS di seluruh negara.
(b) Membantu Badan Perhubungan PAS Negeri menubuhkan Dewan Pemuda PAS Negeri, dan membantu Dewan Pemuda PAS Negeri menubuhkan Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan.
(c) Meluaskan pengaruh PAS di kalangan pemuda melalui kegiatan belia sambil berusaha membentuk keperibadian mereka supaya menjadi pemuda yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta menyakinkan mereka kepada cita-cita yang diperjuangkan oleh PAS.
(d) Membentuk lajnah-lajnah yang difikirkan perlu dan melantik ahli-ahlinya di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu.
(e) Mengangkat wakil ke Muktamar Khas PAS yang disebut dalam Fasal 18 Perlembagaan ini, jika wakil yang diangkat oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat tidak lagi menjadi wakil mengikut Fasal 19(7) Perlembagaan ini.