MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KEEMPAT: DARIHAL AHLI-AHLI (samb.1)

Fasal 14 (Fasal lama 12). Sijil Ahli:

(1) Tiap-tiap ahli PAS itu hendaklah mempunyai sekeping Sijil Akuan menjadi ahli PAS.

(2) Sijil-sijil itu hendaklah dikeluarkan oleh Pejabat Agung PAS melalui Setiausaha PAS Kawasan dan Cawangan atau terus kepada ahli bagi ahli-ahli yang berdaftar terus.

(3) Sijil yang dikeluarkan kepada ahli-ahli itu hendaklah ditandatangani oleh Presiden PAS, Setiausaha Agung dan Setiausaha PAS Kawasan di tempat yang ada kawasan, dan hendaklah mempunyai cop mohor parti.

(4) Seseorang ahli itu tidaklah diakui menjadi ahli PAS sekiranya tiada atau sebelum daripada mempunyai sijil itu.

(5) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah berkuasa membuat aturan dan peraturan berkenaan dengan mengadakan sijil-sijil ahli PAS dan mengeluarkan serta menggunakan ataupun berkenaan apa-apa perkara yang berkaitan dengan sijil itu.

Fasal 13. Keberhentian Ahli:

(1) Keberhentian ahli ialah disebabkan:
(a) Permintaan sendiri.
(b) Dipecat.
(c) Mengisytiharkan diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.

(2) Seseorang ahli bolehlah memaklumkan kebehentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung, dan sesudah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat, maka Setiausaha Agung hendaklah memberitahu kebehentian ahli yang berkenaan itu kepada PAS Kawasan yang bersangkutan beserta salinannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

(3) (a) Pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan, dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tataertib parti.

(b) PAS Kawasan dan/atau Perhubungan-Perhubungan negeri bolehlah mengemukakan cadangan untuk memecat seseorang ahli kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS.

(c) Seseorang ahli PAS yang terlucut kewarganegaraannya maka dengan sendirinya ia terlucut daripada menjadi ahli PAS.

(d) Kecuali ahli yang dipecat mengikut Fasal 82 (9), Seseorang ahli yang dipecat daripada menjadi ahli PAS, bolehlah mengemukakn rayuannya kepada Setiausaha Agung untuk dibawa ke dalam pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh pemecatannya.

(e) Seseorang ahli yang dipecat daripada menjadi ahli PAS mengikut Fasal 82(9), bolehlah mengemukakan rayuannya terus kepada Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak untuk dibawa ke dalam pertimbangan Majlis Syura 'Ulamak dengan syarat rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pemecatannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
(Pindaan 2009)

(f) Seseorang ahli itu boleh dikenakan tindakan pemecatannya jika ia tidak menafikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung akan sebarang maklumat, khabar atau berita mengenai pengisytiharan dirinya keluar PAS atau menyertai parti politik lain dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh surat meminta penjelasan kerananya daripada Setiausaha Agung ke alamat terakhir ahli yang berkenaan diketahui.

No comments:

Post a Comment