MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KELIMA: MUKTAMAR DAN MESYUARAT AGUNG

FASAL 16. Muktamar PAS

(1) Muktamar PAS itu terbahagi kepada :
(a) Muktamar Tahunan – Muktamar Tahunan itu hendaklah diadakan sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan April, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya lapan orang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada bilangan ahli-ahli Muktamar itu selain daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(b) Muktamar Khas – Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.
(c) Notis bagi mengadakan Muktamar Tahunan dan Khas hendaklah dihantar kepada para perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan.
(d) Mana-mana Muktamar Tahunan PAS yang ada pemilihan, dengan sebab-sebab tertentu bolehlah ditangguhkan agenda pemilihannya kepada Muktamar tahun berikutnya oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat ia dipersetujui oleh dua pertiga daripada ahlinya yang hadir.

(2) Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut :
(a) Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
(b) Ahli-ahli ‘MAJLIS SYURA ULAMAK’ dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
(c) Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.
(d) Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya ia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu.
(e) Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh tiap-tiap sebuah Kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5).
(f) Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.
(g) dua puluh orang wakil daripada diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dan
(h) Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

(3) Pengerusi bagi Muktamar PAS itu ialah Pengerusi Tetap dan/atau Timbalannya yang dipilih akan dia dalam Muktamar Tahunan PAS yang terakhir. Mereka akan memegang jawatan tersebut selama dua tahun, atau sehingga kepada Muktamar Tahunan yang ada pemilihannya.

(4) Dengan dikecualikan ceraian (2)(b) dan (c) Fasal ini, maka satu perdua daripada ahli-ahli Muktamar itu hadir adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan Muktamar Tahunan dan/atau khas itu.

FASAL 19 (Fasal lama 17). Wakil-wakil ke Muktamar dan Mesyuarat Agung
(1) Wakil-wakil hanya dapat menyertai dalam Muktamar Tahunan PAS kalau ia dapat menunjukkan suratkuasa yang ditandatangani oleh Yang Dipertua dan/atau Setiausaha PAS Kawasan. Adapun wakil-wakil dari dewan-dewan, maka hendaklah suratkuasa itu ditandatangani oleh Ketua dan/atau Setiausaha dewan berkenaan.

(2) Wakil-wakil yang diangkat kepada mana-mana Muktamar PAS itu hendaklah terdiri dari ahli-ahli PAS dalam cawangan atau Kawasan atau Dewan-dewan yang mengangkatnya dan telah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

(3) Tiap-tiap seorang wakil itu hendaklah sanggup menerima dan taat kepada keputusan-keputusan dan ketetapan-ketetapan Muktamar dan Mesyuarat Agung.

(4) Tiap-tiap seorang wakil tidaklah boleh mewakili lebih daripada satu pihak.

(5) Tiap-tiap sebuah Kawasan berhak mengangkat empat orang wakil kepada mana-mana Muktamar PAS jika bilangan ahli PAS yang berdaftar dalam Kawasan itu berjumlah kurang dari dua ribu orang.
Adapun sesebuah Kawasan yang mempunyai bilangan ahli PAS yang berdaftar melebihi dua ribu orang berhak menambah wakil-wakilnya ke Muktamar PAS dengan kadar seorang wakil lagi bagi setiap pertambahan seribu orang ahli yang berdaftar dengan tidak melebihi sepuluh orang wakil semuanya.

(6) Setiap wakil yang diangkat oleh mana-mana Muktamar dan/atau Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan dan Kawasan serta Dewan-dewan 'Ulamak, Pemuda dan
Muslimat, maka berkuasalah mereka mewakili Muktamar dan/atau Mesyuarat Agung Tahunan yang mengangkatnya ke mana-mana Muktamar atau Mesyuarat Agung yang lebih tinggi sehingga Muktamar dan/atau Mesyuarat Agung Tahunan akan datang.


(7) Adapun sekiranya mana-mana perwakilan yang diangkat oleh Muktamar dan/atau Mesyuarat Agung Tahunan itu meninggal dunia atau lebih umur atau berpindah kawasan/Cawangan atau meletak jawatan atau sebabsebab lain, maka berkuasalah Jawatankuasa Kerja masingmasing mengangkat pengganti. [Pindaan 2009]

No comments:

Post a Comment