MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KELAPAN: PEJABAT-PEJABAT PAS

FASAL 35 (Fasal lama 29). Pejabat Setiausaha Agung

(1) Pejabat Setiausaha Agung ialah di Pejabat Agung PAS sebagaimana yang disebutkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.

(2) Dengan tidak terhalang oleh Fasal 2 itu, maka Pejabat Agung PAS bolehlah ditempatkan di mana jua tempat dalam negara ini yang dipersetujui oleh Presiden di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ataupun dengan apa-apa cara jua dipersetujui oleh Presiden dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


FASAL 36 (Fasal lama 30). Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri

(1) Pejabat Perhubungan PAS Negeri itu ialah Pejabat Setiausaha Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan.

(2) Pejabat itu boleh ditempatkan di mana-mana jua dalam negeri/Wlayah Persekutuan itu mengikut arahan Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dengan persetujuan Jawatankuasa Harian Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan itu.


FASAL 37 (Fasal lama 31). Pejabat Setiausaha Kawasan

(1) Adapun Pejabat bagi satu-satu Kawasan PAS itu ialah Pejabat Setiausahanya.

(2) Pejabat Setiausaha Kawasan itu boleh ditempatkan di mana-mana pun di dalam kawasannya yang dipersetujui oleh Yang Dipertua Kawasan itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.


FASAL 38 (Fasal lama 32). Pejabat Setiausaha Cawangan

(1) Pejabat bagi satu-satu cawangan PAS itu ialah Pejabat Setiausahanya.

(2) Pejabat itu boleh ditempatkan di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan itu di dalam Kawasan Cawangannya.


FASAL 39 (Fasal lama 33). Pejabat Dewan-Dewan

(1) Pejabat Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat itu ialah di Pejabat Agung PAS atau di mana-mana juga tempat dalam negara ini yang ditetapkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Dewan-dewan itu.

(2) Pejabat Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Negeri-negeri ialah di Pejabat Perhubungan PAS Negeri atau di mana-mana juga tempat dalam negeri itu yang dipersetujui oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan-Dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat Negeri/Wilayah Persekutuan.

(3) Pejabat bagi Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan ialah di Pejabat Setiausaha PAS Kawasan-kawasan, atau di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Dewan-dewan itu di dalam kawasannya masing-masing.

(4) Pejabat Jawatankuasa Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan ialah di Pejabat Setiausaha PAS Kawasan atau di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan. [Pindaan 2009]

(5) Pejabat Jawatankuasa-jawatankuasa Pemuda dan Muslimat Cawangan ialah di Pejabat Setiausaha PAS Cawangan atau di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan di dalam lingkungan Cawangan itu.

No comments:

Post a Comment