MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KESEMBILAN: PERHUBUNGAN PAS NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN (samb.)

FASAL 41 (Fasal lama 35). Tugas-tugas Perhubungan PAS Negeri

(1) Pesuruhjaya
(a) Bertanggungjawab sebagai Wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS dalam negerinya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Perhubungan PAS Negeri dalam menjalankan tugas masing-masing.
(c) Melantik Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan Ahli Perhubungan PAS Negeri di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Perhubungan PAS Negeri menurut Fasal 40(5).
(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Perhubungan dan Jawatankuasa Harian PAS Negeri.

(2) Timbalan-timbalan Pesuruhjaya
(a) Membantu tugas-tugas Pesuruhjaya PAS Negeri.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Perhubungan dan Jawatankuasa Harian PAS Negeri apabila Pesuruhjaya berhalangan atau tidak hadir.

(3) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Pesuruhjaya dan mesyuarat Badan Pehubungan PAS Negeri.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perlaksanaan pentadbiran Pejabat Perhubungan PAS Negeri dan pengambilan kakitangannya dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Perhubungan dan Jawatankuasa Harian PAS Negeri.
(d) Menyediakan sebarang penyata atau laporan mengenai kerja dan kemajuan PAS Negeri bagi tujuan Muktamar PAS Pusat dan mesyuarat-mesyuarat Perhubungan dan Jawatankuasa Harian PAS Negeri.

(4) Penolong Setiausaha
(a) Bertanggungjawab kepada Setiausaha Perhubungan PAS Negeri.
(b) Membantu Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dalam urusan pentadbiran Pejabat PAS Negeri dan penyelaras kepada kerja-kerja dan yugas-tugas yang diperuntukkan kepada Setiausaha Dewan-Dewan 'Ulamak, Pemuda dan Muslimat.
(c) Membantu tugas-tugas Setiausaha Perhubungan PAS Negeri.

(5) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kewangan Perhubungan PAS Negeri.
(b) Bertanggungjawab menyediakan penyata tahunan kewangan Perhubungan PAS Negeri untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira PAS Negeri dan membentangkan penyata itu kepada mesyuarat terakhir Perhubungan PAS Negeri sebelum daripada Muktamar Tahunan PAS Pusat.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Perhubungan PAS Negeri.

(5) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan PAS Negeri.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Pesuruhjaya dan Badan Perhubungan PAS Negeri atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan PAS Negeri.

(6) Pengarah Pilihanraya
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihanraya PAS Negeri.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti pilihanraya PAS Negeri.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri dan Badan Perhubungan PAS Negeri atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihanraya.

(7) Ahli-ahli Perhubungan
(a) Menubuh dan/atau mengawasi PAS Kawasan-kawasan dalam negerinya serta menyatukan sikap dan pentadbirannya mengikut Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan dan sebarang aturan parti dari masa ke semasa.
(b) Membantu Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menubuhkan Cawangan-cawangan PAS di tempat yang belum ditubuhkan PAS Kawasan mengikut Fasal 24 (2).
(c) Menubuhkan Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Negeri serta membantunya dari masa ke semasa dengan kerjasama Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.
(d) Menyedia dan mengemukakan rancangan-rancangan, polisi-polisi dan menentukan sikap serta pendirian Perhubungan PAS Negeri itu yang sesuai dengan dasar dan tujuan PAS kepada ahli-ahli parti yang menjadi pemutus dalam sesebuah negeri yang dikuasai oleh PAS, dan meneliti perjalanan kerajaan selaras dengan kehendak Parti.
(e) Menyatukan sikap ahli-ahli PAS di dalam Dewan Undangan Negeri supaya sebarang tindakan di dalam dan di luar dewan itu dapat dipertanggungjawabkan kepada dasar dan keutuhan parti.
(f) Meneliti dan mengkaji sebarang polisi, rancangan dan sikap kerajaan di negeri yang tidak dikuasai oleh PAS untuk memudahkan sebarang langkah yang diperlu diambil oleh ahli-ahli PAS di dalam atau di luar dewan.
(g) Memberi sepenuh kerjasama kepada Pejabat Agung PAS demi untuk menyatukan sikap dan tindakan dalam segenap bidang.
(h) Mengemukakan pandangan dan cadangan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kebaikan dan kemajuan PAS.
(i) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa kecil atau lajnah-lajnah yang difikirkan patut bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu.


FASAL 42 (Fasal lama 36). Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Negeri.

(1) Membuat sebarang keputusan untuk kelicinan perjalanan dan kerja-kerja pentadbiran Pejabat Perhubungan PAS Negeri dan urursan-urusan dalam negeri itu.

(2) Menimbangkan sesuatu hal yang mustahak yang terpaksa disegerakan, dan memaklumkan sebarang tindakan dan keputusan yang diambil kepada mesyuarat Perhubungan PAS Negeri bagi pengesahannya.

(3) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan pelbagai pihak di peringkat Negeri selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.

(4) Melaksanakan tugas-tugas tertentu yang diperturunkan kepadanya oleh mesyuarat Perhubungan PAS Negeri.

(5) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh jawatankuasa ini mengikut Ceraian (1), (2) dan (3) Fasal ini hendaklah dimaklum dan disahkan oleh Perhubungan PAS Negeri.

No comments:

Post a Comment