MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KEEMPAT: DARIHAL AHLI-AHLI (samb)

Fasal 12 (Fasal lama 10). Permohonan Menjadi Ahli:

(1) Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut:

(a) Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun;
(b) Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus.
(c) Dengan tidak mengindahkan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung.

(2) Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

(3) Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditantadatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu.

Fasal 13 (Fasal lama 11). Memilih Ahli

(1) (a) Setiausaha cawangan hendaklah mengangkat semua permohonan menjadi ahli kepada Setiausaha Kawasan dengan memberikan keterangan-keterangan seberapa yang boleh tentang pemohon-pemohon yang berkenaan.

(b) Setiausaha Kawasan hendaklah mengangkat semua permohonan menjadi ahli, samada dari cawangan-cawangan atau terus kepadanya, kepada Setiausaha Agung dengan disertakan keterangan-keterangan seberapa yang boleh tentang pemohon-pemohon yang berkenaan.

(c) Setiausaha Agung hendaklah mengemukakan semua permohonan menjadi ahli PAS dari kawasan-kawasan dan/atau ahli berdaftar terus kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan-permohonan itu.

(2) Mana-mana permohonan menjadi ahli yang telah ditolak tidaklah boleh mengulangi permohonan melainkan selepas enam bulan dari tarikh permohonan itu ditolak.

2 comments:

  1. macam mana nak dload perlembagaan pas ini. ada cara tak?

    ReplyDelete
  2. Asw.ada tp yg 2001 ..yg terkini ..ntahlah....jauh lgi kita nii

    ReplyDelete