MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KETUJUH: JAWATANKUASA KERJA (samb.2)

FASAL 29 (Fasal lama 25). Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan

(1) Yang Dipertua
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Parti dalam kawasannya.
(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan, persefahaman dan kesungguhan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dalam menjalankan tugas dan melaksanakan tugas, kegiatan dan pentadbiran PAS Kawasan.
(c) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan.

(2) Timbalan Yang Dipertua
(a) Membantu tugas-tugas Yang Dipertua PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan, dan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan apabila Yang Dipertua PAS Kawasan berhalangan atau tidak hadir.
(c) Menggantikan Yang Di Pertua PAS Kawasan sebagai Ahli Perhubungan PAS Negeri jika Yang Dipertua PAS Kawasan dipecat sebagai ahli Perhubungan PAS Negeri mengikut Fasal 40 (16) Perlembagaan ini.

(3) Naib Yang Dipertua PAS Kawasan
(a) Membantu tugas-tugas Yang Dipertua PAS Kawasan.
(b) Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan, dan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan apabila Yang Dipertua PAS Kawasan dan Timbalannya berhalangan atau tidak hadir.

(4) Ketua Urusan Ulamak
(a) Bertanggungjawab menyatukan ‘Ulamak-ulamak PAS dalam Kawasan itu serta ‘Ulamak-ulamak yang belum menyertai PAS supaya menyertai PAS.
(b) Membantu menyusun dan menyelaras apa-apa program dan kegiatan yang berkaitan dengan tarbiyah, pengajian dan usrah di semua peringkat dalam kawasan berkenaan.
(c) Membentuk Jawatankuasa Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan serta melantik ahli-ahlinya dari kalangan ‘ulamak ahli PAS dalam Kawasan itu mengikut Fasal 30 Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan. [Pindaan 2009]

(5) Setiausaha
(a) Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua dan Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan.
(b) Bertanggungjawab atas kesempurnaan pentadbiran Pejabat PAS Kawasan dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Harian dan Mesyuarat Agung Tahunan dan/atau Khas Kawasan.
(c) Melaporkan semua tindakan pentadbiran yang dilakukan kepada Yang Dipertua PAS Kawasan.
(d) Menyediakan penyata-penyata atau laporan-laporan kemajuan PAS Kawasan kepada mesyuarat Agung Tahunan Kawasan, Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan seterusnya Pejabat Agung.
(e) Mengambil kakitangan Pejabat Kawasan samada bergaji atau tidak dengan persetujuan Jawatankuasa Harian PAS Kawasan.

(6) Penolong Setiausaha
(a) Membantu tugas-tugas Setiausaha PAS Kawasan
(b) Memangku jawatan Setiausaha ketika ketiadaan Setiausaha.

(7) Bendahari
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PAS Kawasan.
(b) Bertanggungjawab bagi menyediakan penyata tahunan Kawasan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira, dan membentangkan penyata itu kepada mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan.
(c) Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan PAS Kawasan.

(8) Ketua Penerangan
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan dakwah dan penerangan Kawasan.
(b) Menyedia, menyususn dan menyelaraskan program dan kegiatan penerangan dalam Kawasan.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Yang Dipertua Kawasan dan Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan atas segala tindakan dan usaha yang dijalankan berhubung dengan kegiatan dakwah dan penerangan dalam Kawasan.

(9) Pengarah Pilihanraya
(a) Bertanggungjawab atas kesempurnaan seluruh urusan pilihan raya PAS Kawasan.
(b) Menyedia, menyusun dan menyelaraskan aktivitiaktiviti pilihan raya PAS Kawasan.
(c) Bertanggungjawab melaporkan kepada Yang Dipertua PAS Kawasan dan Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan atas segala usaha dan tindakan berhubung dengan kegiatan pilihan raya.
[Pindaan 2009]

(10) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
(a) Bertanggjawab membantu menjalankan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang lain dan menjalankan arahan-arahan Yang Dipertua PAS Kawasan bagi meluas dan mengembangkan pengaruh PAS dalam kawasannya dan menubuhkan cawangacawangan serta membimbingnya ke arah kemajuan.
(b) Menggalakkan semua kegiatan parti dalam semua bidang dan lapangan, termasuk pemuda muslimat dan soal-soal kemasyarakatan amnya.
(c) Mengambil berat terhadap masalah-masalah ditempatnya, dan jika perlu mengemukakan masalah itu hingga ke peringkat Perhubungan Negeri/Wilayah Persekutuan.
(d) Memberi sepenuh kerjasama kepada Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan untuk penyatuan tenaga, sikap dan tindakan dalam segenap bidang.

(e) Membentuk Jawatankuasa-Jawatankuasa kecil atau lajnah-lajnah yang difikirkan perlu.

(f) Memilih dan melantik ahli-ahli PAS bagi mewakili PAS Kawasan ke dalam sebarang kumpulan atau jemaah mesyuarat atau majlis-majlis perundingan dan perjumpaan dalam Kawasan itu. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan juga adalah berkuasa melantik daripada mana-mana ahli PAS dalam kawasan itu bagi memenuhi kekosongan mana-mana Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu, sama ada oleh kerana ianya diberhenti, diberhentikan, meninggal dunia atau bercuti yang melebihi daripada 2 bulan.

(g) Mengangkat wakil ke Muktamar PAS yang disebut dalam Fasal 16 Perlembagaan ini, jika wakil yang diangkat oleh Mesyuarat Agung PAS Kawasan tidak lagi menjadi wakil mengikut Fasal 19(7) Perlembagaan ini. [Pindaan 2009]

(h) Pada amnya menjalankan tugas dan arahan-arahan yang diarahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan serta bertanggungjawab bagi menjalankan usaha-usaha politik dan hal ehwal kawasannya sesuai dengan kehendak dan dasar PAS.

(11) Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Kawasan
(a) Membuat sebarang keputusan untuk kelicinan dan kelancaran kerja-kerja dan pentadbiran Pejabat PAS Kawasan dan urusan-urusan biasa parti di Kawasan.
(b) Menimbangkan sesuatu hal yang mustahak dan terpaksa disegerakan.
(c) Mengadakan hubungan dan diplomasi dengan mana-mana pihak di peringkat Kawasan selagi tidak bertentangan dengan dasar-dasar parti.

(d) Melaksanakan tugas-tugas yang diperturunkan kepadanya oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dari masa ke semasa.
(d) Semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh jawatankuasa ini mengikut pecahan (a), (b) dan (ba) Ceraian ini hendaklah dimaklum dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan.

[Pindaan 2009]

FASAL 30. Jawatankuasa Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan

(1) Bagi memajukan dan mempergiatkan lagi perjalanan dan pergerakan parti serta menyatukan 'Ulamak-ulamak PAS dalam sesebuah Kawasan, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan hendaklah membentuk dan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Urusan 'Ulamak PAS Kawasan yang terdiri daripada:
(a) Seorang Ketua
(b) Seorang Naib Ketua
(c) Seorang Setiausaha
(d) Seorang Bendahari
(e) Tidak lebih daripada tujuh orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2) Ahli-ahli Jawatankuasa Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dilantik daripada kalangan ‘ulamak ahli PAS dalam Kawasan itu oleh Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan selepas Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang ada pemilihan, dan hendaklah memegang jawatan masing-masing selama dua tahun atau sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan itu yang ada pemilihan atau sehingga ia meminta berhenti atau, diberhentikan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

(3) Jawatankuasa ini hendaklah menyediakan sebuah daftar ahli yang dicatatkan di dalamnya nama, nombor kad pengenalan, pekerjaan, kelulusan pengajian dan nombor sijil PAS ‘ulamak-‘ulamak dalam Kawasan itu.

(4) Jawatankuasa ini bolehlah menjalankan kegiatannya masing-masing dengan syarat tidak berlawanan dengan dasar dan kehendak-kehendak Perlembagaan PAS dan tidak bercanggah dengan undang-undang negara, serta mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Kerja PAS
Kawasan.

(5) Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan dan tidak lebih dari tiga orang Ulamak yang dilantik oleh mesyuarat Jawatankuasa ini adalah menjadi ahli kepada Muktamar Tahunan/Khas Dewan Ulamak PAS Negeri dan/atau Pusat.

(6) Enam orang yang hadir daripada Jawatankuasa-Jawatankuasa ini adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuaratnya masing-masing.

(7) Ketua, atau Naibnya jika Ketua Jawatankuasa ini berhalangan hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratnya.
[ Pindaan 2009 ]

No comments:

Post a Comment