MUQADDIMAH

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisyiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Tuesday, January 10, 2012

Dato' Hassan Ali di Pecat mengikut Fasal 82 (9) Perlembagaan PAS

PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Friday, May 27, 2011

Pemilihan PAS: Tiga Calon Timbalan Presiden dan 6 Calon Naib Presiden

Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:

PRESIDEN (Menang tanpa bertanding)
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

Calon TIMBALAN PRESIDEN (Pilih 1)
1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’

Calon NAIB PRESIDEN (Pilih 3)
1. Husam Musa , YB Dato’
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato’
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA (Pilih 18)
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
5. Ahmad Sabki Yusof,
6. Aiman Athirah Al-Jundi
7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
8. Apandi Mohamad, Hj
9. Asmuni Awi, Hj
10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
11. Azman Shapawi, Ustaz
12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
13. Halimah Ali, YB Dr.
14. Hamzah Abdullah,
15. Hamzah Jaafar, Dr.
16. Hanipa Maidin, Hj
17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
19. Iskandar Abdul Samad, YB
20. Kamal Ashaari, Ustaz
21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
22. Khalid Abd Samad, YB Hj.
23. Khalil Idham Lim, YB
24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
26. Mazlan Aliman,
27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
31. Mohd Anuar Tahir, Hj
32. Mohd Firdaus Jaafar, YB
33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
34. Mohd Nasir Mustafa,
35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz
36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji
37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr
38. Muhammad Husin, YB
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
43. Norazli Musa, Ustaz Hj.
44. Normala Sudirman,
45. Nuridah Salleh, Ustazah
46. Razman Zakaria,
47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
48. Rosidi Hussin
49. Sa’ari Sungib, YB Hj.
50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
51. Suhaizan Kaiat,
52. Wan Hasrina Wan Hassan,
53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

Wednesday, May 18, 2011

Gabungan Agama dan Profesional diperlukan dalam Kepimpinan PAS - Presiden

SUNGAI PETANI 18 Mei - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden parti itu pada muktamarnya dari 3 hingga 5 Jun ini.

"Saya tidak menyokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif, campuran calon berlatarbelakang agama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Jawatankuasa Pas Pusat selepas mendengar taklimat projek kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, dekat sini, hari ini.

Taklimat disampaiksn Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Roslan Abdul Ghani.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan naib-naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali. - Bernama

Harun Taib menang tanpa bertanding Ketua Dewan Ulama

Pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2011-2013.

Ketua Dewan Ulama (menang tanpa bertanding): Datuk Haron Taib

Timbalan ketua ulama: 2 orang calon layak bertanding
1. Datuk Ahmad Yaakob
2. Mohd Zain Abdul Rahman

Naib ketua ulama (menang tanpa bertanding): Datuk Dr Mahfudz Mohamed

manakala bagi jawan Ahli Jawatankuasa Biasa Ulama 26 orang calon layak bertanding bagi mengisi 18 kerusi.

4 Calon Layak bertanding Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

Pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013,

Seramai 4 orang layak bertanding sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Mereka ialah:
1. Nuridah Salleh (penyandang)
2. Dr Siti Mariah Mahmud
3. Dr Asiah Ali
4. Siti Zailah Mohd Yusoff

Seorang Timbalan ketua muslimat: 6 orang calon layak bertanding
1. Siti Zailah Mohd Yusoff (penyandang)
2. Dr Asiah Ali
3. Mumtaz Md Nawi
4. Dr Siti Mariah Mahmud
5. Wan Hasrina Wan Hassan
6. Nuridah Salleh (ketua muslimat)

Seorang Naib ketua muslimat: 11 orang calon layak bertanding
1. Aiman Athirah al-Jundi
2. Dr Asiah Ali
3. Mumtaz Md Nawi (penyandang)
4. Mastura Mohamad
5. Dr Najhatussolehah Ahmad
6. Normala Sudirman
7. Nuridah Salleh (ketua muslimat)
8. Rohani Ibrahim
9. Dr Siti Mariah Mahmud
10. Siti Zailah Mohd Yusoff (timbalan ketua muslimat)
11. Wan Hasrina Wan Hassan

Bagi 17 kerusi Ahli Jawatankuasa Biasa Dewan Muslimat, Seramai 54 orang disah layak bertanding.

4 dicalon Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011-2013

4 orang calon dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan seluruh negara untuk menduduki kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mereka ialah:
1. Nasrudin Hassan (penyandang)
2. Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan ketua)
3. Suhaizan Kayat
4. Mohd Firdaus Jaafar

Seorang Timbalan ketua pemuda: Sebanyak 9 orang telah dicalonkan
1. Ahmad Sabki Yusof (naib ketua)
2. Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan ketua)
3. Mohd Firdaus Jaafar
4. Mohd Nor Hamzah
5. Nasrudin Hassan (ketua pemuda)
6. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
7. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kayat

Seorang Naib ketua pemuda: Seramai 12 orang layak bertanding
1. Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan ketua pemuda)
2. Mohd Firdaus Jaafar
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
5. Ahmad Sabki Yusof (penyandang)
6. Khairi Faizi Kamil
7. Mohd Nor Hamzah
8. Mohd Sany Hamzan
9. Nasir Zakaria
10. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
11. Riduan Mohd Nor
12. Suhaizan Kayat

Manakala 68 orang layak bertanding bagi mengisi 12 Ahli Jawatankuasa Biasa Dewan Pemuda. Seramai 68 orang layak bertanding.

Pemilihan PAS: Presiden menang tanpa bertanding, 6 dicalon Timbalan Presiden

Keputusan calon-calon yang layak bertanding jawatan-jawatan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi penggal 2011-2013 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini, memberi gambaran saingan sengit di semua sayap parti kecuali Dewan Ulama.

Presiden menang tanpa bertanding kerana tiada pencabar.

Persaingan akan menjadi lebih jelas selepas tarikh akhir penerimaan pencalonan pada 26 Mei nanti, tarikh akhir penerimaan pencalonan untuk bertanding oleh mereka yang dicalonkan.

Pencalonan memperlihatkan perwakilan seimbang daripada semua golongan - ulama, profesional dan aktivis - dalam PAS.

Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan untuk penggal kelima berturut-turut, mencerminkan kedudukanya yang stabil dan terus mendapat sokongan walaupun berdepan tekanan sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Jawatan timbalan presiden yang disebut-sebut bakal mempertemukan penyandang dengan Mohamad Sabu menyaksikan enam calon layak bertanding termasuk penyandang Nasharudin Mat Isa.

Berikut calon-calon yang disahkan untuk Jawatankuasa Kerja Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat untuk penggal 2011-2013.

Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan presiden (6 layak bertanding)

1. Mohamad Sabu
2. Nasharudin Mat Isa (penyandang)
3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
5. Salahuddin Ayub
6. Datuk Husam Musa

Naib presiden [3 kerusi] (14 Calon Layak bertanding)
1. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (penyandang)
2. Salahuddin Ayub (penyandang)
3. Datuk Mahfuz Omar (penyandang)
4. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
5. Datuk Husam Musa
6. Nasharudin Mat Isa
7. Mohamad Sabu
8. Idris Ahmad (ketua penerangan)
9. Mazlan Aliman
10. Datuk Nik Mohd Amar Abdullah
11. Dr Mohd Hata Ramli (bendahari)
12. Dr Mujahid Yusof Rawa
13. Nik Zawawi Nik Salleh
14. Datuk Seri Nizar Jamaluddin

Jawatankuasa Kerja Pusat [18 kerusi dipilih, (6 lagi dilantik)]
Berikut ialah 83 calon untuk AJK PAS Pusat:
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
19. Hamzah Jaafar, Dr.
20. Hanipa Maidin, Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz
22. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
23. Hayati Othman, YB Dr.
24. Husam Musa, YB Dato’
25. Idris Ahmad, Ustaz
26. Iskandar Abdul Samad, YB
27. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
28. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
29. Khalid Abd Samad, YB Hj.
30. Khalil Idham Lim, YB
31. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
32. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
33. Mahfuz Omar, YB Dato’
34. Mazlan Aliman,
35. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
36. Mohamad Abdullah, (Sabah)
37. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
38. Mohamad Sabu, Hj.
39. Mohd Anuar Tahir, Hj
40. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
41. Mohd Firdaus Jaafar, YB
42. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
43. Mohd Nasir Mustafa,
44. Mohd Nasir Zakaria, YB,
45. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
46. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
47. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
48. Mustafa Ali, Dato’
49. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
50. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
51. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
52. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
53. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
54. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
55. Norazli Musa, Ustaz Hj.
56. Normala Sudirman,
57. Nuridah Salleh, Ustazah
58. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
59. Razman Zakaria,
60. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
61. Rosidi Hussin
62. Sa’ari Sungib, YB Hj.
63. Salahudin Ayub, YB,
64. Salleh Man, YB Ustaz
65. Sallehen Mukhyi, Ustaz
66. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
67. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
68. Siti Zailah Yusoff, YB
69. Suhaizan Kaiyat,
70. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
71. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
72. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
73. Taufek Ghani, YB
74. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
75. Wan Hasrina Wan Hassan,
76. Wan Nik Wan Yusof,
77. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
78. Yusof Embong, Ustaz Hj.
79. Zainuddin Yusof, YB Hj
80. Zaki Ibrahim, YB
81. Zuhdi Marzuki, Dr.
82. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
83. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Wednesday, May 4, 2011

Ustaz Nasha akan pertahan jawatan Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

“Ya, saya akan pertahankan (jawatan timbalan presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Nasharudin yang juga anggota parlimen Bachok dipilih menjadi timbalan presiden PAS pada pemilihan parti 2005.

Beliau mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi).

"Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat untuk meneruskan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini.

"Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tambahnya.

Nasharudin dijangka dicabar anggota jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang sama.

“Saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu," katanya. --Bernama

Sementara itu, Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.

Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan.

Muktamar Dewan 'Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS akan gunakan format baru

Dewan Pemuda PAS mengadakan pemilihan Jun ini dengan pertama kali memperkenalkan sistem pencalonan dibuat oleh peringkat kawasan - perkembangan yang dijangka akan membuka kepada persaingan lebih terbuka kali ini.

Mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda PAS kawasan akan berlangsung sehingga 18 April.

Ia akan berlangsung dengan melaksanakan beberapa peruntukan yang telah ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan PAS dua tahun lalu, di mana buat pertama kali Pemuda PAS peringkat kawasan diberi hak untuk mencalonkan dan memilih barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bagi sesi 2011/2013.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pindaan perlembagaan ini telah pun dipraktikkan semasa muktamar tahun lalu, tetapi ia tidak melibatkan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

“Tahun lalu, buat pertama kali muktamar DPPP termasuklah Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat menerima kehadiran perwakilan dari peringkat kawasan.

“Sebelum itu, perwakilan hadir terdiri daripada perwakilan dipilih pada muktamar dewan-dewan di peringkat negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui sistem baru ini akan membuka kepada lebih banyak pencalonan berbanding masa-masa lalu.

“Dengan cara baru ini, saya jangkakan lebih banyak pencalonan akan dibuat sebab ia datang dari peringkat kawasan.

“Kita ada sejumlah kawasan, yang banyak, dan sudah pasti banyak kawasan akan membuat pencalonan. Sebelum ini pencalonan dibuat oleh negeri-negeri,” katanya.
Ketika ditanya sama ada ia akan mendedahkan kepada persaingan sengit dalam PAS, kata beliau, “tetapi saya melihat kepada lebih banyak pencalonan.”

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-52 ini akan diadakan 1 dan 2 Jun ini.

Muktamar Tahunan PAS ke 57 pada 3 - 5 Jun 2011

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Gombak pada 3 hingga 5 Jun ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata pencalonan untuk semua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota jawatankuasa PAS pusat sudah bermula.

"Tarikh akhir kemukakan pencalonan adalah pada 15 Mei. Semua pencalonan akan dimasukkan dalam peti simpanan. Calon akan diberitahu berapa pencalonan yang dia dapat sebaik sahaja peti simpanan itu dibuka pada tarikh itu," katanya pada sidang berita di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Mustafa berkata Jawatankuasa Pemilih akan menghantar surat tawaran bertanding kepada calon-calon dan mereka menjawabnya dalam masa 11 hari iaitu dari 15 hingga 26 Mei.

"Jawatankuasa Pemilih memutuskan bahawa calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran itu, yang tidak dijawab kita anggap mereka tidak ada kesungguhan untuk bertanding.

"Calon-calon akan menilai sama ada mereka hendak terima pencalonan atau menolak pencalonan itu," katanya sambil memberitahu bahawa kira-kira 1,100 perwakilan dari 179 kawasan akan menghadiri muktamar itu.

Beliau berkata calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan itu masih mempunyai peluang untuk menarik diri sebelum kertas undi dicetak pada 26 Mei.

Mustafa, yang tidak berhasrat bertanding sebarang jawatan, berkata isu Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin akan menjadi antara intipati ucapan dasar Presiden pada muktamar tiga hari itu.

Ketika ditanya mengenai PAS yang mengadakan pemilihan sedangkan parti-parti lain menangguhkannya kerana mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum, Mustafa berkata beliau yakin pertandingan itu tidak akan merosakkan perpaduan dalam parti.

"Saya agak parti-parti lain tangguh pemilihan kerana ia akan memecah-belahkan parti mereka kerana kempen yang terlalu hebat, tapi PAS yakin PAS ada budayanya sendiri.

"Walaupun ada pertandingan, ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam parti melainkan pilihan raya umum diadakan pada Jun barulah kita fikir kembali, tetapi saya tidak fikir ia akan diadakan pada Jun," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai bekas Mufti Negeri Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim melakukan 'sumpah muhabalah' di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T, Mustafa berkata PAS mahu isu itu disiasat terlebih dahulu.

"PAS sudah buat keputusannya, siasat dulu sebab proses yang dibuat oleh kerajaan ini dibuat berdasarkan undang-undang dan perlembagaan yang ada, kita ikut proses itu," katanya.

Beliau berkata PAS akan menyatakan pendirian mengenai kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat setelah selesai siasatan dibuat terhadap kes video seks itu, yang pelakunya didakwa mirip ketua pembangkang itu

Tuesday, June 9, 2009

Islam Memimpin Perubahan

Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 55

Bagi pihak seluruh ahli dan kepimpinan PAS Pusat, saya ucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang menyeri dan memeriahkan muktamar ini, dengan iringan doa kepada Allah SWT, agar dimasukkan kehadiran ini dalam timbangan amal soleh, yang menjadi bekalan kita di hari akhirat, kerana keyakinan kita kepada dasar dan sifat Islamnya parti yang kita dukung ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, kita semua terus beristiqamah dengan perjuangan yang kita imani kesuciannya, dalam wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS terus mara berjuang sejak beberapa dekad dan kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Kita terus beriman dan beristiqamah dengan aqidah dan ciri-ciri parti Islam yang ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Di atas asas inilah PAS ditubuhkan oleh para alim ulama dan cendekiawan Islam lebih setengah abad yang lalu.

Inilah syarat yang menjadi ketetapan Allah kepada Parti Islam yang bercirikan kesinambungan risalah Islam sebenar, dan inilah sebabnya kita menerima ketetapan Allah yang mewajibkan kumpulan Islam sebenar menjadi penerus risalah agama ini, berhadapan dengan pelbagai mehnah dan fitnah.

Firman Allah yang bermaksud: "Alif Laam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. [29:1-3]

PAS bergerak di atas landasan kesempurnaan ajaran Islam, dengan bercirikan kepimpinan ulama dan kepimpinan berbagai keilmuan, pengalaman, didokong oleh seluruh aktivis PAS di pelbagai peringkat untuk memenuhi segala perintah Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala ajarannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208]

IMBASAN SETAHUN
Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tempoh setahun kita mengadakan Muktamar yang lalu di negeri Perak Darul Ridzuan. Menerusi muktamar itu, antara keputusan terpenting yang kita sama-sama bahas dan susun jalinan kerjanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan dalam masa yang sama PAS mempunyai sikap keterbukaannya untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini.

Sepanjang tempoh setahun ini, kita sama-sama melihat pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlangsung di tanah air kita, sekaligus menjana perubahan lanskap politik negara. Suasana ekonomi yang semakin menekan, punahnya sistem ekonomi liberal-kapitalis, keresahan rakyat jelata dalam mengharungi pentas hidup yang tidak menentu, amalan rasuah yang semakin meningkat, bantahan berterusan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik, perubahan kepimpinan negara dan sebagainya.

Kita juga berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil � bermula dengan Parlimen Permatang Pauh yang kita hadapi semasa berlangsungnya muktamar yang lalu, seterusnya pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.

Kesemua pilihan raya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur. Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai.

Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu. Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.

Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa irihati dan merasa bahang kepanasannya. Kemuncak dari keangkuhan mereka ini adalah tindakan tanpa susila merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama kita bina di negeri Perak Darul Ridzuan. Suara rakyat diketepikan dan semangat Perlembagaan dan undang-undang tidak dilaksanakan, manakala keadilan dicerobohi apabila tiadanya pemisahan kuasa dalam Badan Kehakiman.

Kerajaan yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik. Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan �standing order� Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa yang kini telah menjadi bahan momokan masyarakat antarabangsa dengan perbuatan tidak bertamadun dan bermoral.

Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, hasil daripada tindakan Umno dan BN yang gelabah, kerana semakin pudar pengaruhnya di hati rakyat Malaysia.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Bersandarkan kepada latar belakang politik negara yang kelam kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu - "Islam Memimpin Perubahan".

Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma�aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [4:58]
Perubahan ini adalah perlu kerana berlakunya kegagalan sistem politik dan ekonomi dalam dunia hari ini. Hasil dari ketidakadilan dan kegagalan pelbagai sistem, kita menyaksikan semakin bertambahnya politik peras ugut dan perkauman di Malaysia.

Keruntuhan sistem komunis dan seterusnya kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku pada hari ini adalah menandakan satu bentuk kehancuran ideologi ciptaan manusia. Kita perlu menyedari bahawa perubahan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia atas sifatnya sebagai makhluk ciptaan Allah.

Dalam kita menerokai sebuah perubahan itu maka kita pun mula bertanya: "Bagaimanakah bentuk perubahan yang kita idam-idamkan itu?"

Pada masa yang sama, kita juga mendengar pelbagai slogan daripada kerajaan pimpinan Umno dan BN yang kononnya juga mahukan perubahan.
Sepanjang perjalanan sejarah negara, kita bertemu dengan slogan, �Bersih Cekap Amanah�,
�Kepimpinan Melalui Teladan�, �Cemerlang, Gemilang dan Terbilang�, terkini meniupkan slogan �Satu Malaysia�. Semuanya adalah retorik, bersifat kosmetik dan akhirnya tidak membuahkan apa-apa yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan roh dan jasad bagi negara kita.

Kerajaan yang ada sekarang ini boleh saja melaungkan ratusan slogan, tetapi ianya akan terus hanyut kerana sistem pemerintahan yang ada masih sama, kerana Umno dan BN terperangkap dalam sistem dan amalan politik kuno yang bertunjangkan perkauman, bermatlamatkan kebendaan dan penerusan kuasa dalam apa jua keadaan.

Kita juga percaya bahawa slogan �Satu Malaysia� juga tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu. Hal ini diburukkan lagi dengan tidak adanya konsep pemisahan kuasa antara eksekutif-legislatif-kehakiman dalam negara kita. Sistem politik pula menjadi celaru oleh keegoan politik, pencerobohan dan kerakusan kuasa mencampuri urusan kehakiman dan pentadbiran. Perpaduan masyarakat pula tidak akan mampu dicapai dengan pemberian hak ekonomi dan politik semata-mata.

Perjalanan menuju kepada sebuah negara maju bagi Malaysia pula tidak akan ke mana-mana sekiranya demokrasi kita tidak matang, hasil dari peranan Umno dan BN yang telah memundurkan demokrasi dan rakyat terus menerus dijadikan bahan peras ugut oleh mereka. Istilah demokrasi hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kehebatan dunia pendidikan Islam pula telah dilemahkan oleh dasar pendidikan tajaan Umno, maka lahirlah pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, rakyatnya pula dibanjiri gejala sosial, keruntuhan akhlak dan jenayah yang makin merebak, miskin jiwa dan harta, dan akhirnya menjadi pengundi yang boleh ditipu dan dibeli dengan harga yang murah. Inilah cara Umno mengekalkan kuasanya secara tidak beramanah.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan ta�aruf di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." [4:1]

Dan Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [49:13]

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Setelah zaman berkembang, maka perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku. Maka setiap perubahan perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar perubahan yang berlaku akan hanya menjurus kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.

Perubahan yang kita rencanakan ini adalah bukan akibat daripada tekanan rakyat, atau tekanan golongan bangsawan atau tekanan masyarakat dunia, dan bukannya akibat desakan sesiapa, tetapi perubahan yang hakiki untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini.
Perubahan yang hakiki inilah yang seharusnya kita laksanakan dalam negeri yang diperintah secara bersama oleh PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Cukuplah kesilapan-kesilapan asas pemerintahan yang telah dilakukan oleh Umno dan BN. Bertitik tolak dari perubahan hakiki inilah, maka rakyat akan melihat keupayaan dan keadilan hakiki yang kita perjuangkan ini. Matlamat kita mestilah jelas, iaitu kita merencana ke arah kebaikan kerana ianya adalah suatu tuntutan fitrah dan serasi dengan fitrah manusia dan tanggung jawab bersama, dan bukannya kerana desakan sesiapa.

Dalam kita memahami perubahan yang dipimpin oleh Islam ini, maka kita perlu menyedari bahawa Islam adalah sebuah ad-din yang lengkap dan syumul. Ianya tidak sama sekali bersifat kaku, jumud dan eksklusif sebagaimana yang dikritik oleh para orientalis Barat yang buruk sangka terhadap Islam.

Dalam mempastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik, ke arah yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ianya mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, menjadikan Al Quran dan As- Sunnah sebagai rujukan asas.
Hasilnya kita akan lebih mampu untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

Atas dasar inilah PAS sebagai sebuah parti siasah Islam, gerakan dakwah dan tarbiah terus menerus mendokong nilai-nilai Islam yang kekal dan dinamis serta nilai-nilai yang tidak bersifat perkauman. Politik yang kita majukan adalah berteraskan politik li ta'arafu � politik saling menghormati, khususnya bagi negara-bangsa ini yang bersifat majmuk, maka bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS ingin menampilkan model penyelesaian dan akan terus menyumbang dalam membangunkan masyarakat dan negara dalam abad 15 Hijrah dan 21 Masehi ini.
PAS terus menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal. Maka PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara dalam sebuah masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia selepas berlangsungnya pilihan raya umum yang ke-13 nanti, insya Allah.

DALAMAN NEGARA
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kewujudan PAS adalah sebagai penerus kesinambungan perjuangan Islam terdahulu di saat tanah air kita masih dijajah. Persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951 juga telah memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. PAS pernah menyumbangkan pemimpin dan pengikut yang ditarbiah dengan dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara oleh penjajah, kerana kitalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, bukan seperti mereka yang pernah mengejar nikmat dunia semata-mata dengan menjadi khadam kepada penjajah, kemudian berkhidmat lagi selepas merdeka untuk meneruskan perancangan penjajah itu.

PAS telah berjaya mendesak bersama NGO Islam di ambang kemerdekaan melalui memorandum kepada Suruhanjaya Reid, mendesak supaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, walau pun Suruhanjaya itu menafsirkan perkataan 'Islam' mengikut fahaman sekular yang dianut oleh ahlinya.

Setelah kita merdeka, maka tibalah masanya perkataan besar seperti �agama� dan �Islam� itu ditafsirkan mengikut ad-Din yang sempurna, namun Umno meneruskan tafsiran penjajah itu dengan mereka menjadikan Islam agama yang diperintah mengikut keadaan yang mereka wujudkan. Hasilnya, kita menyaksikan negara tercinta diperintah oleh Umno dengan sistem warisan penjajah, dalam keadaan Islam tetap menjadi agama yang tidak berkuasa dan mereka mencorakkan bangsa yang tidak membangun dengan Islam.

Sifat Islam yang adil untuk semua tidak dapat dibuktikan, manakala amalan amar ma�aruf dan nahi mungkar dibelenggu oleh sistem yang menghalangnya. Akhirnya sistem ini tidak membangunkan insan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Mereka tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah dengan keadilan dan hikmahnya untuk seluruh manusia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Akibatnya Umno menunjukkan model Islam yang salah kepada rakyat berbagai kaum dan agama, serta menghilangkan kewibawaan umat Islam dan merendahkan martabat raja-raja yang dilantik menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing. Tindakan Umno meminda Perlembagaan merampas kuasa raja-raja bukannya memperkasakan raja-raja dengan kedaulatan Islam, supaya institusi beraja itu berpijak di atas keadilan yang syumul.

Sejak memikul amanah memimpin negara, UMNO telah meminda perlembagaan negara beberapa kali, pindaan yang lebih bersifat tikus membaiki labu, kerana lebih bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukannya bertujuan islah untuk memerdekakan negara sepenuhnya daripada kongkongan jahiliah yang masih membelenggu dan menghina Islam.
Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad, setelah Bahasa Melayu bertulisan jawi menjadi bahasa ilmu di rantau Asia Tenggara. Inilah peranan pemimpin Umno yang menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dengan menukar tulisan bagi Bahasa Melayu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.

Apabila ianya diaktakan, maka peranan tulisan jawi sedikit demi sedikit menuju ke penghujung penggunaannya. Tulisan jawi dilemahkan oleh Umno selepas zaman penjajah asing gagal melemahkannya, dan ini sangat memalukan bangsa Melayu kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri.

PPSMI
Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-masing. Penafian fakta ini adalah satu bentuk penipuan terhadap daya intelek rakyat sendiri.

Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini, bahawa PAS tidak anti kepada bahasa Inggeris, atau mana-mana bahasa yang ada di dunia ini. Pandangan PAS adalah sama dengan pandangan para pengkaji dan sarjana bahasa, bahawa pengukuhan terhadap bahasa Inggeris mestilah berasaskan kepada memperkukuhkan pembelajaran bahasa itu sendiri.

MARUAH PEMIMPIN NEGARA
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Perubahan kepimpinan dalam negara kita yang baru sahaja berlaku itu bukannya hal dalaman Umno dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini. PAS berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, yang mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

Oleh yang demikian, PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah. Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.

Kita juga diuji dengan belenggu undang-undang zalim ISA sejak zaman penjajah, namun setelah penjajah meninggalkan negara kita, ianya disambung semula oleh Umno serta ditambah lagi dengan akta yang dicipta sepertinya selepas merdeka, seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan, Akta Mesin Cetak dan sebagainya.

Ianya telah berjaya digunakan sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Umno dan BN, melindungi kezaliman dan penyelewengan secara undang-undang, dan juga menghakiskan amalan demokrasi, bukannya menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Kita berpendapat bahawa untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara hendaklah melalui undang-undang dan sistem kehakiman yang adil bukan dengan undang-undang seperti itu. Pra-syarat utama untuk melahirkan sebuah negara yang subur asas demokrasinya pula mestilah dengan mempunyai sistem penjalanan pilihan raya yang bebas; jelas konsep pemisahan kuasa antara eksekutif - legislatif - kehakiman dalam negara; mematangkan konsep raja berperlembagaan yang dilihat dari perspektif Islam; kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang bertepatan dengan fitrah naluri kemanusiaan, pembaharuan sistem ekonomi dan politik; hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi.

PAS menyertai pilihan raya sejak kali pertama diadakan di zaman penjajah, walau pun dengan kejayaan hanya satu kerusi dalam serba kekurangan, tetapi kita berterusan menyertai selepasnya. Di awal kemerdekaan lagi, kita mula belajar menyertai pilihan raya dan PAS telah berjaya mengambil dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan.
Pemerintahan kita pada ketika itu berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan diskriminasi oleh Kerajaan Pusat, diserang dengan pelbagai cara, termasuklah juga rasuah politik dengan membeli wakil-wakil rakyat. Kita tumbang di Terengganu dan terus bertahan di Kelantan sehingga tahun 1978, di mana akhirnya kita dijatuhkan dengan perisytiharan darurat secara lakonan, apabila mereka gagal memperolehi wakil rakyat yang cukup untuk dibeli.

POLITIK WANG
Alhamdulillah, hari ini PAS menjadi parti yang selamat daripada banjir politik wang, yang dicipta oleh Umno untuk terus berkuasa, walaupun berhadapan dengan gelombang penolakan oleh rakyat. Umno dan BN tetap mahu berkuasa selama-lamanya walau pun melakukan banyak perlanggaran yang merosakkan negara dan rakyat. Mereka sanggup mencabul Perlembagaan, mengancam perpaduan dan seterusnya mewujudkan politik yang tidak stabil. Sekarang ini penyakit itu memakan diri Umno sendiri dan rakan-rakannya dalam BN, dan sedang menjadi barah dalam dirinya, tanpa segan dan malu.

Bagi PAS hanya Islam yang menjadi rahsia ketahanan kita, dengan pengisian tarbiah, dan bai�ah kepada setiap pemimpin dan calon pilihan raya yang dipilih, kita diajar dosa pahala dalam amalan politik. Kita diajar bahawa dosa pahala bukannya terhad dalam perkara ibadat, makan-minum dan pakaian sahaja.

Sekarang PAS bangkit menjadi parti yang kukuh dan istiqamah, yang mana kita bertahan lima penggal di Kelantan dengan kelebihan hanya satu kerusi di penggal yang lalu walaupun diusahakan oleh pihak tertentu untuk menumbangnya dengan tekanan dan habuan politik wang-ringgit. Hari ini kita berjaya lagi, walaupun pemerintahan bersama kita di Perak dirampas, tetapi wakil rakyat kita tidak tenggelam dengan politik wang dan ugutan. Rahsia ketahanan kita ialah Islam yang kita imani secara sempurna dalam semua urusan.

PAS juga merasa bangga kerana hingga kini ahli-ahli Parlimen kita juga telah bertindak menyuarakan pandangan-pandangan parti dengan penuh keberanian dan hikmah, memberikan gagasan-gagasan baru dalam parlimen sehingga mereka disegani oleh kawan dan lawan. Laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin dengan landasan Islam, supaya mesej yang kita bawa dapat diikuti dan difahami oleh rakyat yang sangat dahagakan perubahan ini.

Di masa ini, kita telah berjaya mengadakan hubungan 'tahalluf siyasi' dengan parti-parti dan NGO, yang mempunyai titik persamaan dalam menangani isu tertentu, tanpa kita berganjak dari dasar dan matlamat PAS. Seruan kita adalah dengan mengajak kepada Islam, dan seterusnya menolak pemimpin diktator yang berlagak seperti Tuhan seolah-olah boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya. Kita tidak memaksa mereka menganut Islam dalam aspek ibadah, tetapi kita boleh bersatu dengan mereka yang menentang kezaliman dan tidak boleh bersama dengan orang-orang yang zalim.

Pendekatan kita dalam amalan politik yang tidak berpisah dengan agama Islam adalah berpandukan firman Allah yang ditulis dalam perutusan Rasulullah s.a.w. kepada kerajaan di zamannya yang bermaksud:

"Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. [3:64]

IKLIM EKONOMI
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.
Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.

Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.

Kerajaan BN pula berpeluang meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak bertanggungjawab, bahkan mengekalkan �sindrom penafian� yang menjadi amalan kerajaan BN selama ini.

Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh �bailout� kerajaan BN.

Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.

PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120 billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat. Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap pelaburan tersebut.

Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko yang terlibat.

Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan juga sektor komoditi.

Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009 ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.

PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau �Hifzul Mal�, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima keperluan hidup manusia atau 'ad-Dharuriyat al-Khamsah' yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syari�at Islam.

PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat) dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan. Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras, sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai �Kedaulatan dan Keselamatan Pemakan� seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah.
Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk pemakanan. Laksana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka tuntutan khilafah dan amanah.

PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan. Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak mampu diganti. Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61.

Maksudnya: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Salleh. Salleh berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." [11:61]

Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu seiring dengan semangat "perkongsian" yang sebenar di antara entiti-entiti bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian - "musyarakah bil gharam wal ghanam". Penswastaan perkhidmatan dan keperluan asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.

Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin, tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat, agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.

PEMERKASAAN ORGANISASI
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan parti yang kukuh.
Sistem pejabat, pengurusan organisasi dan petugas parti mestilah senantiasa diberikan pelbagai ruang untuk berkembang dalam menghadapi cabaran yang semakin menekan di masa kini dan akan datang. Kursus-kursus peningkatan kemahiran untuk petugas ini perlulah dirancang untuk melahirkan petugas yang hebat dan mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas.

Usaha untuk meningkatkan jumlah ahli haruslah dipertingkatkan. Selain dari itu, kualiti ahli sedia ada dan baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini.

Pada masa yang sama, kita menyedari bahawa PAS dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya. Sesetengahnya pula menerima didikan awal dari pelbagai organisasi dakwah, dan ada yang tidak mempunyai latar belakang tarbiah Islam langsung. Itulah hakikat kerencaman ahli dalam parti kita ini.

Walaupun PAS sungguh terbuka untuk menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS ini perlulah ditarbiah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan oleh PAS, serta memahami budaya dan kaedah PAS. Institusi usrah dipelbagai peringkat pula perlulah diperkukuhkan, untuk melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dengan perjuangan Islam yang kita bawa ini.

MASYARAKAT BUKAN ISLAM
Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Pertambahan undi yang diterima oleh PAS dalam beberapa pilihan raya pada masa kini juga menunjukkan sokongan yang semakin hari semakin bertambah.

Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang.

Hasilnya PAS mampu untuk lebih memahami keperluan dan suasana yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang wujud di Malaysia ini. Kita memahami keperluan beragama, politik, ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Berasaskan kepada hakikat ini, kita juga telah menunjukkan sikap adil kepada mereka di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS di waktu lalu, dan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat pada masa kini.

PAS amat menghargai sokongan ini. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS. Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS.

Sesungguhnya, ini adalah merupakan satu langkah bersejarah dalam parti kita sebagai paradigma baru PAS untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS.

Inilah kefahaman kita, berasaskan kepada politik Islam yang pernah memerintah berbagai-bagai bangsa dan agama dengan adil, dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perintah Allah SWT yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [60:8]
Selain dari suasana politik baru yang ada pada waktu ini, PAS juga mestilah terus menerus berusaha untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan berstrategik untuk memenangi kelompok undi teras yang terdiri daripada pengundi luar bandar dan desa.

SABAH DAN SARAWAK
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kita juga menyedari kepentingan negeri Sabah dan Sarawak dalam pembangunan negara Malaysia ini. Kita juga menyaksikan bahawa setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan kerajaan BN, status ekonomi, pendidikan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak ini tidak banyak berubah, malah ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ketidakadilan dan kepincangan ini sering pula diluahkan oleh ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam setiap sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Walaupun begitu, suara-suara ini tenggelam dalam keangkuhan kerajaan pimpinan Umno dan BN. Oleh yang demikian, PAS perlu mengambil langkah yang agresif dan tersusun, untuk terus melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak, setelah benihnya ditanam oleh generasi terdahulu yang telah dan sedang berada di sana. Kepimpinan PAS pula akan lebih kerap berkunjung ke sana untuk bertemu masyarakat pelbagai etnik dan seterusnya menjelaskan peranan PAS untuk membantu mereka.

Para pendokong PAS di sana juga perlulah memperkemaskan organisasi, dan seterusnya mempergiatkan langkah-langkah pengilmuan orang Islam yang berada di sana, menerusi majlis ilmu untuk memberi kefahaman serta tasawwur Islam yang sebenar kepada rakyat. PAS juga akan memperkenalkan Islam kepada penduduk peribumi sehingga mereka memahami dan menyokong perjuangan PAS.

PERANAN DEWAN-DEWAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
DEWAN ULAMA
Sebagaimana yang seringkali diperkatakan, bahawa kewujudan PAS adalah hasil dari silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal, tetapi teras kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air adalah hasil daripada persidangan para ulama pada 23 Ogos 1951 yang membentuk Persatuan Ulama Se-Malaya, dan akhirnya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai.

Kini kepentingan Dewan Ulama dapat dihayati sekiranya kita meneliti akan tugas-tugas am ahli jawatankuasa kerja Dewan Ulama dalam PAS, seperti yang dinukilkan dalam Perlembagaan PAS. Antaranya dalam Fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk "menyatu tenaga dan pemikiran ulama Islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuangan Islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan penggembelingan tenaga ummah yang berterusan"; serta Fasal 40(6)(b) iaitu "menyusun, mengatur dan menjalankan kegiatan tarbiah dan pendidikan di kalangan ahli-ahli dan mengatur program-program latihan kepimpinan bagi membentuk petugas-petugas parti yang berilmu, bertakwa, berpengalaman dan memahami perkembangan semasa".

Kepentingan ini tidak memberi makna sekiranya kewujudan dan peranan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS ini tidak diperkasakan. Oleh itu, sebagai benteng yang sangat penting dalam parti, Dewan Ulama perlulah terus menerus memberikan kefahaman kepada ahli PAS terhadap perjuangan Islam dengan memberi penekanan kepada pembinaan fikrah perjuangan yang jelas, merealisasikan konsep kepimpinan ulama, pemahaman kepada asas sebuah gerakan Islam menerusi konsep wala dan taat, istiqamah, wehdatul fikrah, dan sebagainya.

Program untuk menarik golongan ulamak muda yang akan mewarisi perjuangan juga perlulah diperhebatkan, kerana merekalah pelapis ulung yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan Islam secara istiqamah.

Selain dari itu juga, penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti perlu dirangka dan diinstitusikan, supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak ini dapat terus-menerus menyumbang kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS. Program seminar dan muqayyam khusus kepada mereka juga boleh dijalankan.

Penegasan bahawa PAS adalah sebuah organisasi Islam yang sempurna juga perlu senantiasa ditanamkan kepada ahli dipelbagai peringkat. Asas ini sebenarnya membawa kepada pemahaman, bahawa untuk menyumbang tenaga dan masa kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak semestinya seseorang itu perlu untuk menyandang jawatan politik � seperti menjadi Ahli Dewan Undangan atau seorang Ahli Parlimen, tetapi ahli-ahli dan pimpinan juga boleh menyumbang tenaga mereka dalam aspek dakwah, tarbiah dan amal serta khidmat kebajikan yang sangat luas dan amat penting kepada kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Oleh itu, segala ruang mestilah terus diterokai dan diinstitusikan supaya ahli-ahli PAS dapat sama-sama memainkan peranan mereka.
DEWAN PEMUDA
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

DEWAN MUSLIMAT
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan "Da�ie menuju mad�u".

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.
Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jama�ie.
Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta 'amilin Muslimat yang sentiasa 'mesra amal dan jihad'.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.
Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar �yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing�.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamai�ie, akan melahirkan 'amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.

PERSADA ANTARABANGSA
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Dunia pada hari ini dibayangi pelbagai krisis politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kesemuanya lahir daripada kelemahan dasar dan konsep yang terpesong daripada petunjuk Allah yang bernama Islam, akhirnya manusia yang menjadi mangsanya, termasuklah dalam hubungan antarabangsa. Secara tabiinya, peperangan dan krisis di kalangan bangsa dan negara mustahil dihapuskan, selagi ada golongan yang melampaui batas kemanusiaan dan bertindak zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Telah zahir keburukan di darat dan laut hasil kerja tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali kepada (petunjuk Allah)." [30:41]

Pada ketika ini juga umat Islam sedang memasuki alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Kedudukan umat Islam terus dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ujian yang sangat mencabar. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan terkini di Pakistan, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.

PAS amat tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di bumi Gaza. Serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini, khususnya Masjid Aqsa, terakhir ialah berlaku di Gaza dengan menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta penggunaan bom fosforus telah mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Hasilnya adalah bantahan secara terbuka di hadapan masyarakat antarabangsa, namun pihak kuasa besar memejamkan mata dan memekakkan telinga. Mereka mengenepikan dasar dan konsep kemanusiaan sejagat dengan terus memberi perlindungan kepada negara haram itu melakukan apa sahaja. Selain dari itu, ada di kalangan negara kuasa besar ini yang menjadi pembekal senjata dan teknologi moden tanpa sekatan. Mereka juga tanpa segan silu bersikap �double standard� dengan mengharamkan rakyat Palestin memiliki senjata dan negara jiran pula dipaksa menjaga keselamatan Zionis Israel yang ganas itu.

Apa yang lebih memalukan kita adalah perilaku sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam yang masih dikongkong dengan tekanan hegemoni Zionis di negara umat Islam sendiri. Hasilnya, pimpinan negara umat Islam sendiri yang menambah kesengsaraan umat Islam yang berada di medan ganas ciptaan Zionis ini. Keadaan ini semakin menekan dengan tindakan badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kesemuanya membisu seribu bahasa, dan tidak malu menggunakan kuasa veto untuk melindungi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.

Islam mengharamkan penganutnya tunduk kepada tindakan yang tidak bermaruah ini. Sehubungan dengan itu, kita mengalu-ngalukan tindakan protes yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki Rejab Tayyeb Erdogan di Persidangan Davos dan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad di Geneva. Kita juga amat mengharapkan adanya sikap susulan daripada negara umat Islam sendiri yang sepatutnya merasa malu dengan contoh yang ditunjukkan oleh negara-negara kecil di Amerika Latin yang menunjukkan simpati kepada rakyat Palestin.

Lebih angkuh lagi sehingga kini mereka terus mengepung bumi yang mengandungi penduduk berjumlah 1.5 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.
Mereka bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk yang tidak berdosa. Rakyat Palestin menjadi mangsa sejak setengah abad, tanah air dirompak, dihalau daripada rumah, diroboh pula tempat kediaman, dimusnahkan kebun dan tempat yang menjadi sumber kehidupan dan dibunuh tanpa batas. Di atas tanah rampasan ini pula dibina tempat kediaman pendatang Yahudi, di mana rakyat Palestin pula dipaksa terus menjadi pelarian.

Semua kekejaman ini berlaku kerana masyarakat antarabangsa mengizinkan penubuhan negara Zionis Yahudi bernama Israel, dengan alasan sejarah yang bohong dan lapuk. Penubuhan negara haram ini dengan dokongan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikuasai oleh Negara-negara Kuasa Besar Dunia yang menjadi anggota tetap berkuasa veto. Negara haram ini seolah-olah mendapat lesen memiliki senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dan boleh melakukan jenayah dengan hak kekebalan tanpa hukuman.

PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat telah berjaya mendesak sidang khas Parlimen bagi membela Palestin ketika berlakunya kekejaman di Gaza, seterusnya mendapat keputusan sebulat suara tanpa mengira agama dan fahaman politik, supaya Zionis Israel diheret ke mahkamah antarabangsa kerana kesalahan jenayah kemanusiaan ini. PAS juga telah berjaya memungut sumbangan orang ramai bagi membantu rakyat Palestin dan menyerahnya secara langsung kepada mangsa kezaliman Israel itu.

Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadhah yang diterajui oleh Harakah Muqawwamah (Hamas) di bumi suci Palestin. PAS mengutuk sikap 'double standard' kuasa barat yang mempertahankan segala tindakan zalim dan dan tidak bertamadun ini kononnya atas dasar 'memerangi keganasan'. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.

RANTAU ASEAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Selatan Filipina dan Selatan Thai. Umat Islam di kedua-dua wilayah yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Pertumpahan darah serta kekejaman terus dibiarkan oleh masyarakat dunia, semata-mata kerana kononnya yang menjadi mangsa itu terdiri daripada kumpulan �militan� ataupun 'pengganas Islam' yang mesti dihapuskan.
Di Selatan Thai, pertumpahan darah masih berterusan sehingga kini. Begitu juga di Selatan Filipina, hampir 500,000 nyawa telah terkorban secara kejam serta menjadi mangsa pelarian. Namun dunia antarabangsa terus berdiam diri kerana mangsa di bunuh dan dihalau di atas nama memerangi 'pengganas Islam'.

PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar konflik ini dihentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Keegoan untuk tidak sanggup duduk berunding tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, bahkan akan terus menerus merumitkan keadaan.

Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk menjadi �jambatan� bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini seperti mana sumbangan dan penglibatan PAS dalam membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia.

PAS juga amat prihatin dengan perubahan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat. Pemilihan Presiden Obama pula diharapkan akan membuka �lampu hijau� ke arah hak-hak �kebebasan bersuara� dan �pendemokrasian� di dunia Islam.

Namun saya ingin menegaskan agar kepimpinan Obama harus menerima hakikat bahawa mereka mesti mengikis segala sifat prejudis dan chauvanis, serta memandang remeh terhadap Islam serta penganutnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam di serata dunia sedia �berdialog� dan 'bertukar-tukar fikiran' dengan mana-mana pihak termasuk penggubal polisi Rumah Putih di Washington.

Sebagai permulaan, Washington mesti melihat gerakan serta pertubuhan Islam sebagai sebahagian dari unsur-unsur positif dan pengukuhan ke arah pendemokrasian di negara-negara Islam seluruhnya.

KESIMPULAN
Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:

i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.

ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.

iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'Usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'Mu�asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'Istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.

PENUTUP
Akhirnya, dikesempatan ini bagi pihak Muktamar, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor, Panitia Induk Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-55 ini.

Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [24:55]

Thursday, May 21, 2009

Timbalan Presiden: Dr Haron Din tarik diri

Datuk Dr Haron Din hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan muktamar parti itu bulan depan.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.

"Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.

"Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.

Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.

Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Hashim Jasin tidak pertahankan jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulamak

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin menyatakan hasrat beliau untuk tidak bertanding mengekalkan jawatan tersebut walaupun mendapat pencalonan.

Pada 18 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Dalam pengumuman tersebut, Ustaz Hashim disenaraikan layak bertanding jawatan berkenaan bersama-sama dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob.

"Saya sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berundur daripada jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama ini dalam mesyuarat jawatankuasa Dewan Ulama Pusat.

"Walaupun saya belum lagi menerima surat tawaran tersebut, namun hari ini saya mengumumkan menolak pencalonan tersebut," jelas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis.

Sehubungan itu, Ustaz Hashim berharap agar Dato' Ahmad Yaakob tidak menolak pencalonan tersebut.

"Biarlah jawatan ini tidak dipertandingkan dan biarlah jawatan ini disandang oleh muka baru pula," katanya.

Wednesday, May 20, 2009

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 55

TENTATIF PENUH MUKTAMAR PAS

Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50
Tarikh : 9 - 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 3 Jun (Rabu) dan 4 Jun (Khamis) 2009
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Muktamar Penuh PAS Kali ke-55
Tarih : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2008
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Perkembangan terkini Muktamar Tahunan PAS boleh diikuti DI SINI.

Tuesday, May 19, 2009

Pemilihan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat sesi 2009-2011

Pemilihan bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, pemilihan dijangka akan berlaku antara Ustaz Nasarudin Hassan; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat sekarang, dengan Zaki Ibrahim; Bendahari Pemuda PAS Pusat, apabila nama mereka dicalonkan untuk jawatan itu.

Pemilihan ini menurut Fasal 46 (2) Perlembagaan PAS.

Sementara itu, Datuk Harun Taib dijangka memenangi jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat tanpa bertanding apabila hanya nama beliau sahaja yang dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua pula, dua nama telah dicalonkan iaitu penyandang sekarang Ustaz Hashim Jasin dan Dato' Ahmad Yaakob yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kedudukan Harun sebagai ketua Dewan Ulama hanya sah selepas beliau menerima pencalonan ini. (Pemilihan Ahli Jawatrankuasa Dewan Ulamak berdasarkan Fasal 39 (2) Perlembagaan PAS).

Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama PAS sebelum ia diambil alih oleh Datuk Muhamad Daud 2007 lalu. Harun bertanding jawatan timbalan presiden menentang Nasharudin Mat Isa namun kalah pada tahun itu.

Bagi Dewan Muslimat pula, pertandingan dijangka sengit apabila empat nama telah dicalonkan untuk jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Mereka adalah Dr Asiah Ali, Ustazah Azizah Khatib, Ustazah Nuridah Salleh; penyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, dan Dr Siti Mariah Mahmud.

(Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat adalah menurut Fasal 58 (2) Perlembagaan PAS).

Bagaimanapun kedudukan ini hanya sah apabila kesemua mereka menerima pencalonan ini menjelang tarikh tutup 25 Mei ini.Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini.

Wednesday, May 13, 2009

Presiden, Timbalan Presiden dipandu Majlis Syura Ulamak

“Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” kata Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS.Lapor Utusan, 10 Mei 2009

Kenyataan di atas bertepatan dengan Fasal 7 Perlembagaan PAS:
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat PAS.

(3) Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam ceraian (2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukkan dalam fasal 3 Perlembgaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK' dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Ingin menjadi Ahli PAS?

Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut:

Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun;

Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus.

Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung.

Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu.

Muat turun borang di sini

Tuesday, May 12, 2009

BAB YANG KEDUA BELAS: LAIN-LAIN HAL (samb.)

FASAL 86 (FASAL 77 - lama). Meminda Perlembagaan PAS

(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 87 (FASAL 78 lama). Cara Memansuhkan PAS

(1) PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.

(2) Jika persetujuan bagi memansuh dan membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan dan segala wang waki harta-harta dan apa jua yang berkait dengannya terserahlah kepada keputusan Muktamar itu.

(3) Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diambil keputusan itu.


FASAL 88 (FASAL 79 - LAMA). Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

(3) Sebarang pertikaian dan perselisihan di dalam PAS, Badan-badan dan organisasi-organisasi serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil/Lajnah-Lajnah yang dibentuk mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini tidak boleh dibawa ke Mahkamah.

(4) Penasihat dan pegawai yang menjalankan tugas pemerintah PAS di semua peringkat hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.

tt
YB DATO HAJI FADZIL MOHD NOOR
Presiden PAS


tt
YB HAJI HASSAN BIN SHUKRI
Naib Presiden PAS


tt
YB HAJI NASHARUDIN MAT ISA
Setiausaha Agung PAS

BAB YANG KEDUA BELAS: LAIN-LAIN HAL

FASAL 80 (FASAL 73 - lama). Bendera PAS

(1) Adapun Bendera PAS ialah berwarna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya (merah-putih) dan di pangkalnya sebelah atas terletak bulatan hijau.

(2) Ukuran Bendera PAS itu ialah sebesar 5 X 7 sama ada dengan ukuran inci atau kaki atau lain-lain.

(3) Bendera PAS bolehlah digunakan dalam setiap perayaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh PAS atau sebarang perayaan yang disertai oleh PAS.

(4) Bendera PAS bolehlah digunakan sebagai latar belakang dalam setiap majlis-majlis anjuran PAS.

(5) Bendera PAS bolehlah digunakan pada pejabat-pejabat PAS, rumah-rumah ahli PAS dan pada kenderaan ahli-ahli PAS pada semua peringkat.

(6) Bendera PAS bolehlah digunakan pada masa-masa pilihanraya.


FASAL 81 (FASAL 74 - lama). Lambang PAS
Adapun Lambang atau Simbol PAS untuk Pilihanraya ialah Bulatan Putih dengan berlatar belakang warna hijau, dan dalam keadaan tertentu latar belakang boleh juga digunakan warna hitam dengan memakai ukuran 3 X 4 iaitu 3 lintang dan 4 bujur, atau apa-apa simbol yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan serta Suruhanjaya Pilihanraya.


FASAL 82 (FASAL 75 - lama). Tatatertib PAS

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

(2) Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

(4) Ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam ceraian 3 (a), (b) dan (c) Fasal ini hendaklah dari kalangan ahli-ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. (Pindaan 2011).

Mansuh - Seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa Tatatertib ini. (Pindaan 2009)


Mansuh - ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. (lama)

(5) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 26 (9)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. (Pindaan 2009)

(6) Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah :
(a) Memberi amaran
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti
(c) Menggantungkan keahlian
(d) Memecat dari menjadi ahli
(sebelum pindaan, Fasal ini adalah (5))

(6) (lama) ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad. (sebelum Pindaan)

(7) Jawatankuasa Tatatertib yang mengenakan tindakan tataertib mengikut ceraian (6)(b) dan (c) Fasal ini hendaklah menetapkan satu tempoh tertentu mengikut kesesuaian pada pandangan Jawatankuasa Tatertib terhadap tindakan tatertib yang diambil. (Pindaan 2009)

(7) (lama) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ itu adalah muktamad.

(8) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana ahli PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tataertib dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Setiausaha Agung dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib mengikut Ceraian (6) Fasal ini. (Pindaan 2009)

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tataertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tataertib keatas mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggarka Ceraian (1) Fasal ini. (Pindaan 2009)


FASAL 83. Rayuan Tatatertib (Pindaan 2009)
(1) Ahli-ahli PAS yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Fasal 82 Perlembagaan ini yang tidak berpuashati dengan keputusan Jawatankuasa Tatertib bolehlah mengemukakan rayuan bersurat kepada Setiausaha Agung PAS dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

(2) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengikut Fasal 26 (9)(e) dan 82 (8) Perlembagaan ini berkuasa untuk mendengar semula rayuan tatatertib PAS.

(3) Dengan mengabaikan Ceraian (2) Fasal ini, ahli-ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal 82 (9) Perlembagaan ini hendaklah mengemukakan rayuan terus kepada Majlis Syura 'Ulamak dalam tempoh 30 hari.

(4) Ahli-ahli yang tidak berpuashati dengan keputusan rayuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat boleh membuat rayuan semula dengan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak dalam tempoh 15 hari daripada keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dipertimbangkan oleh Majlis Syura 'Ulamak.

(5) Majlis Syura 'Ulamak adalah berkuasa untuk mendengar rayuan bagi ahli-ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal 82 (9) Perlembagaan ini dan rayuan semula mengikut Ceraian (4) Fasal ini. Keputusan dan tindakan Majlis Syura 'Ulamak itu adalah muktamad.

FASAL 84 (FASAL 76 - lama). Peraturan Muktamar dan Mesyuarat

(1) Adapun peraturan Muktamar dan mesyuarat bagi Muktamar Tahunan dan Mesyuarat Agung PAS adalah disifatkan seolah-olahnya menjadi sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kekuatan sebagaimana Perlembagaan juga.

(2) Peraturan Muktamar dan mesyuarat Agung yang baru bolehlah diperbuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS bila dikehendaki ataupun peraturan-peraturan mesyuarat Agung yang telah ada bolehlah dipinda atau diubah atau dimansuhkan dengan satu ketetapan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (Pindaan 2009)

(3) Sebarang pertikaian atau perselisihan faham dan pendapat di atas semua Peraturan Muktamar dan Mesyuarat Agung yang disebut dalam Fasal ini hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura PAS mengikut Fasal 88(1). (Pindaan 2009)

(3 lama) Adapun peraturan-peraturan bagi sesebuah Kawasan atau Cawangan PAS itu, hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS Negeri sebelum digunakan bagi Kawasan dan Cawangan itu.

FASAL 85. Aturan dan Peraturan PAS (Pindaan 2009)
(1) Adapun sebarang Aturan dan Peraturan bagi mana-mana dalam PAS adalah disifatkan seolah-olah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kekuatan sebagaimana Perlembagaan juga.

(2) Apa-apa peraturan dan peraturan bagi mengemaskan mana-mana organisasi di semua peringkat PAS bolehlah diperbuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan boleh dipinda atau dipinda atau diubah atau dimansuhkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan ini.

(3) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah berkuasa untuk membuat apa-apa kaedah, tatacara prosedur dan lain-lain termasuk pekeliling yang menjadi arahan amalan, dan ia hendaklah disifatkan sebagai sebahagaian daripada Aturan dan Peraturan PAS dan boleh dipinda atau diubah atau dimansuhkan mengikut kaedah Ceraian (2) Fasal ini.

(4) Adapun mana-mana bahagian di dalam mana-mana Aturan dan peraturan yang dibuat mengikut Fasal 84 dan Fasal 85 Perlembagaan ini yang bertentangan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya setakat mana ia bertentangan.

(5) Sebarang pertiakaina atau perselisihan faham dan pendapat di atas semua aturan dan peraturan yang disebut dalam Fasal ini hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura 'Ulamak mengikut Fasal 88 (1).